Penyanyi terkenal dan ikon muzik Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sudah tidak asing lagi di hati rakyat Malaysia. Bintang lagu ‘Jerat Percintaan’ ini terus kekal relevan sehingga kini, dengan setiap lagu baharunya sentiasa mendapat sambutan penuh semangat!
Akhir-akhir ini, Tokti sering dilihat mengadakan siaran langsung di platform media sosialnya, khususnya Instagram dan TikTok, terutama ketika berada di dalam kereta. Selain itu, seiring anak-anaknya membesar, Tokti kerap meluangkan masa bersama mereka apabila tiada urusan kerja pada hari tersebut.
“Hanya Afwa Dan Afiyah Sahaja Yang Berani Roasting Tokti, Hahahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosmadiothman yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 9,619, tanda suka sebanyak 267 dan sebanyak 15 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang memuji lukisan Afiyah, namun jawapan Afiyah membuatkan netizen terhibur mendengarnya itu.
@rosmadiothmanIbu tak pandai lukis sayang tapi ibu pandai menyanyi sayang… #masukberandafyp #foryoupage #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral #trending #foryou #sitinurhaliza
♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa hanya anak-anak Tokti sahaja yang berani bercakap sedemikian tanpa membuatkan rasa tersinggung kerana tampak comel.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.