Irfan Haris Menangis, Kakak Kesayangan Bakal Berkahwin 14 September Ini…

18 hours ago 6

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Irfan Haris yang sebak dan menangis mengenangkan kakak kesayangannya iaitu Amira Othman yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon dan penyanyi terkenal Fattah Amin pada 14 September ini

@lovefattmira

Launching of Rasa dan Takdir #fattmira #fattahamin #amiraothman #rasadantakdir cr inspirasi.my

♬ original sound – AmorFA💙🤍 – AmorFA💙🤍

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak sabar untuk menunggu hari bahagia kedua bakal pengantin itu.

“sedihnya tengok mama amira menangis, mesti sedih sebab anak dia kena kecam tanpa sebab”

“irfan jangan lah menangis, tapi mesti dia menangis bahagia”

“rasanya  Irfan menangis sebab kakak kesayangan dah nak kahwin”

“adik yang paling rapat luruh air mata dia”

“suka tengok amira ni, di kecam sebanyak mana pun dia tetap tenang. sabar dengan ujian yang diberi”

“alahai aku pun nangis, so sweet family Amira Othman sangat rapat suka sangat ukhwah depa ni”

“alhamdulillah akhirnya sekufu jua jodoh mereka ni”

“Irfan jangan nangis okay sebab nanti abang long akan jaga kak long”

“Tahniah Amira dan Fattah, semoga majlis nanti berjalan dengan lancar”

Irfan Haris Othman, lahir pada 29 November 2001, ialah penyanyi muda Malaysia yang semakin meningkat naik dalam industri hiburan. Sebagai adik kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Amira Othman, Irfan memulakan kerjaya seninya melalui pertandingan nyanyian seperti Idola Kecil (2011) dan Ceria Popstar (2016).

Beliau mendapat perhatian ramai menerusi lagu Redha, runut bunyi drama Suri Hati Mr. Pilot, yang mencatat jutaan tontonan di YouTube. Irfan turut meraih tempat keempat dalam Big Stage 2019, mempamerkan bakat vokalnya yang menawan. Dengan sokongan keluarga seni, beliau terus berkarya, menghasilkan lagu-lagu seperti Pesan dan Hilang.

Hubungan rapat dengan kakaknya, Amira, sering menjadi inspirasi peminat, mencerminkan ikatan keluarga yang erat dan saling menyokong dalam kerjaya seni mereka.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |