Baru-baru ini, sebuah foto lama Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika usia muda kembali tular selepas dikongsikan oleh akaun TikTok, @tpijay.27.
Ramai netizen terkejut dan teruja dengan ketampanan Baginda sewaktu zaman remaja hingga ada yang berseloroh, “kalau sekarang ada Tunku Hassanal dan Tunku Ahmad, dulu pula ada Sultan Nazrin.” Malah ada juga yang menggelarkan Baginda sebagai “David Cassidy Malaysia” kerana wajahnya yang kacak ala bintang pop 70-an.
Bahagian komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi, antaranya:
“Sultan Melayu yg paling kacak.. tkde mixed org putih.. Melayu yg hensom.”
“My Sultan.. Bangga ooiii aku anak jati negeri Perak, punya Sultan yg handsome giler, bijak plak… mmg tapow hbis terbaik. Daulat Tuanku.”
“My crush masa study kat USA.. dapat phone number masa dia study di Boston, MA sbb ada mutual friend anak duta India ke Malaysia study di universiti saya di Illinois, USA… tahun 80an .. belum ada wassap! just phone number 😂 tapi sangat malu lah.. x call pun .. what a sweet memory.”
“Kerana wajah ni lah kami budak2 sekolahi sanggup berpanas2 di Tiger Lane tunggu YM Tuanku lalu utk sembahyang Jumaat. Rutin tiap Friday.”
Dilahirkan pada 27 November 1956 di George Town, Pulau Pinang, Sultan Nazrin merupakan anakanda sulung kepada Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun.
Zaman persekolahan Baginda bermula di Sekolah Jalan Kuantan, kemudian Sekolah St. John, Kuala Lumpur sebelum berangkat ke The Leys School, Cambridge, UK. Malah, selepas pulang dari luar negara, Baginda sempat berkhidmat di Petronas sebagai Pegawai Eksekutif dari tahun 1979 hingga 1983.
Tak hairanlah mengapa ramai rakyat, khususnya generasi lama, masih menyimpan nostalgia tentang ketampanan Sultan Nazrin ketika muda. Dari digelar “crush” zaman universiti sampai “David Cassidy Malaysia”, pesona Baginda memang evergreen sampai sekarang.