Bakal Jadi Presiden Wanita Pertama, Puteri Kim Jong Un Digelar “Remaja Paling Berbahaya Di Dunia”

14 hours ago 6

Jarang berlaku untuk kanak-kanak seusia dengannya!

Kim Ju Ae, anak perempuan pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Un telah mencuri perhatian seluruh dunia apabila gadis dianggarkan berusia 12-13 tahun itu kerap menemani bapanya ke pelbagai acara negeri dan ketenteraan.

Kehadirannya  dilihat sebagai satu isyarat kuat bahawa dia sedang dipersiapkan untuk menggantikan dinasti Kim. Dan berdasarkan kekerapan penglibatannya dalam acara-acara tersebut telah membuatkan puteri Kim Jong Un ini digelar sebagai “remaja paling berbahaya di dunia”.

@kazakhmarxist

#kimjongun #daughter #kimjuae #dprk #korea #family #northkorea #кндр #кимченын #kazakhmarxist

♬ Yellow – Coldplay

Sekadar rekod, Ju Ae pertama kali muncul di khalayak ramai pada November 2022 iaitu ketika dia menemani Kim Jong Un semasa pemeriksaan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM). Sejak daripada itu, dia telah muncul sekitar 15 acara awam, yang mana kebanyakannya berkaitan dengan ketenteraan.

@wangnews

Have you heard about Kim Ju Ae, the daughter of North Korean leader Kim Jong Un? She was spotted with her dad when he arrived in China for the Victory Day parade on Wednesday, September 3rd. But who is she? #northkorea #northkoreanews #fyp #fyp #worldnews

♬ AURA – Ogryzek

Pada perarakan tentera terbesar di Beijing baru-baru ini, Ju Ae telah tampil anggun dengan sut biru laut dan berjalan di belakang bapanya ketika mereka turun daripada kereta api berperisai. Berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial, Ju Ae kelihatan manis dengan senyumannya sambil berjabat tangan dengan Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

@kriscrraft_

🇰🇵 Kim Ju-Ae filha de Kim Jong-Un #fyp #coreia #korea #rpdc #drpk #socialismo #socialism #kpop

♬ Memory Reboot – Narvent & VØJ

Walaupun Ju Ae tidak pernah bercakap secara terbuka, media Korea Utara telah merujuknya sebagai tokoh utama. Manakala pemerhati pula percaya penampilan konsisten Ju Ae di acara ketenteraan dan diplomatik adalah sebahagian daripada strategi Kim Jong Un untuk memastikan kesahihan pengganti dinasti.

Tradisi mempersembahkan bakal waris kepada China iaitu sekutu utama Korea Utara, dilihat sebagai langkah penting dalam mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.

@dprkkimjongun

“这是我的女儿,她将来会是个优秀的领导人”#FYP #fypシ #fypシ゚viral #金正恩 #김정은 #DPRK #кимченын #kimjongun #NorthKorea #คิมจ็องอึน #kimilsung #hochiminh #risolju #korea #tiktokindia #kim #kimilsung #kimjongil #كيمجونغعن #キム・ジョンウン #किमजोंगउन #CoréeduNord #CoreadelNorte #СевернаяКорея #nordkorea #북한 #เกาหลีเหนือ #CoreiadoNorte #coreadelsur

♬ 原创音乐 – kimjongun

Sekadar info, berdasarkan laporan oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan menyatakan bahawa Ju Ae bersekolah di rumahnya di Pyongyang dan gemar menunggang kuda, bermain ski dan berenang.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |