IUC Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa di Jepun

8 hours ago 5

Kalian pernah terfikir tak, tengah study tapi dalam masa sama dah ada laluan kerjaya terus ke Jepun? Inilah yang tengah dibuat oleh Innovative University College (IUC) lepas sign MoU dengan Renewal Energy Promotion Cooperatives (Jepun) sempena EXPO 2025 Osaka, Kansai.

Presiden IUC, Shahawati Umar siap tekankan yang kolaborasi ni adalah bukti keseriusan IUC nak bawa student mereka lebih jauh dari kelas biasa. Katanya,

“Kerjasama ini bukan sahaja memperluas horizon pelajar kami, malah bawa misi IUC ke pentas global. Kami percaya pendedahan awal kepada industri antarabangsa seperti di Jepun akan bentuk graduan yang lebih bersedia, berwawasan dan mampu menyumbang kepada masa depan tenaga lestari.”

Ha, nampak? Maksudnya kalau kalian study kat IUC, bukan sekadar belajar teori, tapi dapat hands-on experience terus dengan industri Jepun, negara yang memang legend dalam bab teknologi & tenaga hijau.

Majlis menandatangani MoU itu turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Mad Zaidi Mohd. Karli.

Turur hadir pada MoU bersejarah ini termasuk Muhammad Anas Mohd Bukhori (C.A.(M)) (Pemangku Naib Canselor), Prof Datuk Wira Dr. Azizan Osman (Ahli Lembaga Pengarah), Dr. Muhammad Syamil Mohd Shamsul (Pengarah Projek), Muhamad Afiq Hakim Shamsul Anuar (Pengurus Projek) dan Ainaa Nabilah Mohd Nazri (Pengurus Projek)

Tak ketinggalan wakil UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin (Naib Canselor), Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi (Timbalan Naib Canselor), Prof. Ir. Dr. Nofri Yenita Dahlan (Pengarah Institut Penyelidikan Solar), Prof. Madya Dr. Zuhaila Mat Yasin (Ketua Kampus Solar dan Large Scale Solar) dan Muhammad Azfar Shamil Abd Aziz (Pegawai Penyelidik).

Manakala Pumar Solar Power Sdn. Bhd pula diwakili Nor Azam Haji Kamisan (Presiden) dan Masliza Abu Bakar.

So apa win untuk student IUC?

  • Internship terus kat Jepun | bukan lokal-lokal je.
  • Peluang kerja global | habis belajar terus boleh try nasib di Jepun.
  • Access teknologi baru | terus belajar dari pakar industri Jepun.
  • Network international | boleh connect dengan orang industri luar negara.

Shahawati juga cakap, inisiatif ini bukan sekadar nak hantar pelajar ke luar negara, tapi untuk bina mindset global. Jepun dijadikan sebagai rakan strategik supaya graduan Malaysia ada edge untuk bersaing, bukan saja kat Asia tapi juga worldwide.

So yeah, IUC bukan main-main guys. Dengan MoU ni, pelajar bukan saja dapat degree, tapi juga ticket untuk jadi global player. Jepun bukan lagi destinasi holiday, tapi destinasi untuk bina masa depan!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |