Gelagat Anak Tok Ram Bawa ‘Bantal Busuk’ Pergi Taman, Buatkan Netizen Terhibur!

16 hours ago 6

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak Ramli Ms iaitu Izzara yang ingin membawa ‘bantal busuknya’ ke taman. Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut, mereka juga mengatakan bahawa mereka  sama seperti itu dahulu pasti akan ada bantal atau selimut yang ingin di bawa kemana-mana.

@alyah81official

sepagi bersama izzara rasa seperti kenduri meriahnya mulut mommy ni. #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypageシ #fyp #malaysiatrending

♬ original sound – alyah81official – alyah81official

“tengok orang lain mana ada bawa bantal, hahaha memang ayat mak mak”

“Sikit hari lagi datin Alyah jadi harimau kalau macam tu hahaha”

“banyak akal dah budak comel ni, makin besar diaa”

“comelnya macam pipi zola ikat rambut macam tu”

“welcome to mother club datin, saya dulu pun soft spoken sekarang dah jadi harimau”

“lagi mak dia jerit, lagi dia letak kat rumput hahaha”

Info Tambahan, Dato’ Ramli bin Mohd Salleh, atau lebih dikenali sebagai Ramli M.S. dan disapa mesra Tok Ram, adalah seorang maestro muzik Malaysia yang terkenal dengan sumbangannya dalam industri seni tanah air. Dilahirkan pada 17 November 1958 di Geylang, Singapura, beliau menukar kerakyatan Malaysia pada 1989.

Walaupun hanya menamatkan pendidikan hingga darjah enam kerana kesusahan hidup, Tok Ram memulakan kerjaya muziknya seawal usia 14 tahun, belajar secara autodidak melalui pembacaan dan bimbingan insan seni.

Beliau terkenal sebagai pemuzik, penggubah lagu, pengarah muzik, dan konduktor berbakat, dengan pengalaman luas di Hong Kong dan Malaysia. Tok Ram pernah berkhidmat sebagai pengetua Akademi Fantasia musim kedua dan keenam, serta memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Susunan Muzik Terbaik. Ketegasan dan disiplinnya menjadikan beliau ikon dalam industri muzik Malaysia.

Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |