[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama

5 hours ago 6

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok oleh pengguna @sirafiez yang berkongsi pengalaman mencemaskan apabila dirinya hampir ditahan dalam satu operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI). Mencuit hati, dia yang merupakan rakyat tempatan turut ‘tersangkut’ bersama warga asing.

@sirafiez

lama aku duduk depan cermin bila semuanya selesai. #sirafiez #fyp #operasi

♬ suara asli – Larissa Fashion – Larissa Fashion

Perkongsian itu pada mulanya menyayat hati kerana dia menyaksikan bagaimana ada warga asing dari golongan warga emas, termasuk yang mendukung anak kecil diminta naik ke dalam lori untuk dibawa ke pusat tahanan sementara.

“Sebak, kesian juga aku tengok. Semua mereka disuruh masuk ke dalam lori,” luahnya.

Namun yang paling tidak disangka, dia sendiri turut diarahkan masuk ke dalam lori walaupun merupakan rakyat Malaysia. Tidak mahu berlaku salah faham lebih jauh, dia bertindak pantas memanggil salah seorang anggota dan menunjukkan kad pengenalannya.

“Sebelum lori bergerak, aku panggil anggota tu. Tuan, tolong keluarkan saya, saya ada IC!”

Situasi tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman serupa. Ramai yang mengaku pernah disalah sangka sebagai warga asing, terutama apabila berada di kawasan tumpuan atau semasa operasi besar-besaran dijalankan.

“Aku pun pernah kena masa naik motor, siap kena tanya cakap Melayu boleh ke tak.”

“Sama macam aku, rupa je macam ‘luar’, tapi IC biru bang. Siap tunjuk MyKad baru lepas.”

“Kadang-kadang kesian juga tengok mereka tu, tapi operasi macam ni memang penting.”

Namun ada juga yang memahami situasi pihak berkuasa yang perlu bertindak cepat dan berhati-hati dalam mengesan PATI di negara ini.

Apa pun, kejadian seperti ini membuka mata ramai tentang cabaran sebenar di lapangan yang dihadapi oleh anggota penguat kuasa, dan pada masa sama pentingnya untuk setiap individu sentiasa membawa dokumen pengenalan diri bagi mengelakkan kekeliruan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |