Fila Amir Timang Bayi Perempuan, Peminat Teruja!-“Yeay Anak Buah Online Kami Dah Keluar..”

14 hours ago 7

Pasangan pempengaruh, Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara berkongsi khabar gembira apabila mereka selamat menimang cahaya mata perempuan, semalam.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Fila atau nama penuhnya Nur Afilah Amir Rusdi menerusi hantaran di Instagram yang turut berkongsi beberapa foto bayi perempuan mereka di sebuah pusat perubatan.

“Assalamualaikum 🩷 kami akhirnya menjadi papa dan mama.”-kapsyen Fila di Instagram

“Yeay Anak Buah Online Kami Dah Keluar..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah serta doa buat pempengaruh ini, malah ramai yang berkongsi rasa teruja apabila melihat wajah comel bayi perempuan Fila dan Adama.

“MasyaAllah! Tahniah Fila dan Adama!.”-Catriona Ross

“MasyaAllah tabarakallah tahniah Fila dan baby. Selamat berpantang dan moga Fila dan baby baik-baik saja, happy-happy saje tau.”

“Akak pun teruja nak tengok baby cute Adama dan Fila ni. Ya Allah comelnya. Tahniah!.”

“Yeay anak buah online kami dah keluar.”

“Alhamdulillah moga bayi ini dilindungi Allah SWT. Aamin.”

“”Tahniah moga bertambah bahagia dengan cahaya mata yang comel.”

“Selepas 7 tahun tahniah akhirnya Tuhan limpahkan rahmat kasih dan sayang. keluar juga seketul permata dan amanah. Lepas ni bawak balik anak ke kampung sana buat vlog pulak sis rindu nak tengok.”

Tahniah buat Fila dan Adama, semoga dipemudahkan segala urusan ibu dan bayi yang baru sahaja dilahirkan..

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |