Satu video yang dimuat naik oleh peguam terkenal, Tun Laila di akaun TikTok miliknya (@yarafaee), telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen apabila dia terlibat dalam satu perbalahan dengan seorang lelaki berkaitan isu tempat letak kereta.
@yarafaeekitanya baran sejak bulan lepas, mood kelaut. nasib baik endingnya murni
♬ original sound – Tun Laila – Tun Laila
Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, lelaki berkenaan dilihat memulakan pertikaian dengan kata-kata kasar yang menyebut “Bapak kau” kepada Tun Laila, yang nyata tidak senang dengan ayat tersebut. Difahamkan, insiden tersebut berlaku gara-gara Tun Laila meletakkan keretanya di tempat yang tidak sepatutnya iaitu hadapan kedai lelaki berkenaan.
Namun, Tun Laila dengan tenang tetapi tegas menjelaskan bahawa tiada papan tanda atau kon yang menunjukkan larangan meletakkan kenderaan di kawasan itu. Malah, menurut beliau, sebelum dia meletakkan kereta di situ, ada kenderaan lain turut parkir di lokasi sama.
“Awak boleh cakap dengan saya elok-elok. Kalau saya salah, saya boleh minta maaf. Kalau awak nak saya bayar sebab hilang pelanggan saya boleh bayar. Benda boleh settle,” kata Tun Laila dalam video berkenaan.
Sikap profesional dan berhujah secara fakta oleh Tun Laila nyata menarik perhatian ramai, malah majoriti netizen menyebelahi beliau. Ruangan komen dipenuhi dengan sokongan, antaranya:
“Lawan dengan perempuan + lawyer = memang kau kalah bang”
“Respect la Tun Laila, steady jawab satu-satu. Jangan main carut je bang.”
“1. lawyer 2. perempuan kalah la bang”
“U intern ke?” ” tak i lawyer lah” yes tun laila yes tell them”
“Seketul2 perkataan keluar, jelasss!”
“Suka betul dengar orang bijak kalau marah, kalau saya ni astaga.. nangis combo dgn gagap”
“Thank you Laila tunjuk ajar Cara komunikasi Untuk pertahankan diri”
“Laahh macam cute pulak endingnya…”
Menariknya, perbalahan tersebut tidak berakhir dengan pergaduhan panjang, sebaliknya kedua-dua pihak akhirnya saling memohon maaf dan bertukar kad perniagaan dan bercadang untuk menghubungi antara satu sama lain di masa akan datang. Sesuatu yang jarang berlaku dalam perbalahan sebegini.
“Awak peguam dalam bidang apa?”
“Jenayah dan Sivil. Saya ada kad, awak nak kad saya?” – Tun Laila
“Nanti saya whatsapp awak, saya beri kad saya.”
Adegan itu kelihatan agak ‘random’ buat netizen dimana tadinya perbalahan bertukar kepada pengenalan. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa walaupun bermula dengan ketegangan, komunikasi yang matang dan rasional boleh menyelesaikan konflik dengan cara baik.
“Respect Cara Tun Laila Handle Situasi!” – Netizen
Peristiwa ini sekali lagi membuktikan bahawa sikap tenang dan bijak berhujah mampu ‘menang’ dalam sebarang situasi, apatah lagi jika berhadapan dengan seorang peguam berkaliber seperti Tun Laila.
Apa pendapat anda? Siapa yang sebenarnya “win” dalam situasi ni?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.