Hanya disebabkan berkongsi video pendek Ahmad Al Ghazali yang sedang menunaikan solat di ruang tamu, rumah Maia Estianty secara tiba-tiba menjadi tumpuan ramai.
Dalam video tersebut, Maia dan suaminya, Irwan Mussry sedang berkumpul dengan keluarga. Maia, Irwan, El Rumi dan Alyssa Daguise sedang berbual di ruang makan, menakala Al Ghazali pula sedang solat di ruang tamu.

Khusyuk menunaikan solat, Al Ghazali dilihat mengenakan baju lengan panjang dalam rona krim dan dipadankan bersama kain sarung.
Walaupun video itu sekadar kongsian Maia kepada peminatnya, tetapi momen itu telah mendapat reaksi yang kurang memberangsangkan daripada netizen.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mengatakan bahawa rumah Maia yang mewah itu tidak mempunyai surau atau ruangan khas untuk beribadat.
“Maaf nak tanya, adakah tiada ruang untuk solat, seperti surau atau bilik supaya solat tidak dilakukan di ruang serba guna (ruang tamu)?”, komen @dwimardiani71.
“Saya bertanay dengan nada yang rendah jangan buli ya, di dalam rumah mewah ada tak ruang khas untuk solat? Sebab saya yang miskin ini ada bilik surau walaupun kecil”, komen @bundaliaza.
“Rumah sebesar itu tiada ada surau ke? Maaf, saya hanya bertanya dengan nada lembut”, komen @nene_alea_dirga_saga.
“Rumah mewah semu serba mahal, tempat solat naudzubillah”, komen @kundi_setya21.
Manakala sesetengahnya pula ada menyebelahi Maia, dengan mengatakan solat boleh dilakukan di mana-mana ruang dalam rumah dan yang penting tempatnya bersih.

“Keliru dengan netizen yang bertanya kenapa rumah tidak ada surau, tahukan anda rumah itu lebih sejuk jika kita bergerak solat, bukan hanya di satu tempat saja (surau). Berhenti menyindir”, komen @leerachman.
“Solat itu fardu, kenapa perlu hairan?”, komen @josephine_donat.
“Yang penting solat. Mana-mana pun boleh asalkan tempatnya suci dan bersih”, komen @dianzahid86.
“Di rumah saya ada surau, tapi saya suka solat di mana sahaja saya mahu. Kadang-kadang dalam bilik TV, kadang-kadang dalam bilik tidur”, komen @fariatywibowo.
Bagi Murai, biarlah solat di mana-mana pun asalkan tempatnya bersih daripada kotoran dan juga najis. Setuju tak?