Perkongsian pasangan jutawan terkenal Naza dan Berjaya iaitu SM Faliq dan Chryseis Tan berkongsi khabar gembira apabila Chryseis kini sedang hamil cahaya mata ketiga.
Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Chryseis menerusi hantaran di Instagram, yang memaparkan dirinya memberikan kejutan dengan menghantar foto kit ujian kehamilan sebagai hadiah hari lahir suaminya yang ke-40.
“Hubs 40th dream came true! 🤣.”-kapsyen Chryseis Tan di Instagram
Dibanjiri Ucapan Tahniah & Doa
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen menitipkan ucapan tahniah buat Chryseis dan suami, SM Faliq Nasimuddin serta mendoakan agar urusan ibu dan bayi di dalam kandungan dipermudahkan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera. Malah, ada yang turut meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat ‘OOTD’ si ibu bersama cahaya matanya yang comel kelak.
“AAAAAA CONGRATULATIONS 🥰🥳.”-Azfar Heri
“Awhhh congratulations 😍😍😍.”-Bella Astillah
“Wah bestnya new baby. Moga Allah berkati keluarga ini.”
“Alhamdulillah take care mummy.”
“Dia ketawa pun comel. Congratulations both of you.”
“Tak sabar tengok tengok ootd mummy gorgeous.”
“Tahniah dan sukanya tengok suaminya dapat tahu.”
“Good genes must have more babies, congrats!.”
“Tahniah, lebih ramai lebih meriah.”
“Alhamdulillah tahniah, semoga mummy dan baby sihat-sihat selalu, dipermudahkan segala urusan sampai bersalin nanti.”
“Alhamdulillah bertambah umah Nabi Muhammad.”
Sekadar info, Chryseis Tan berkahwin dengan pewaris Naza Group, Faliq Nasimuddin pada 4 Februari 2018 dalam majlis perkahwinan gilang gemilang di The Chateau Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arianna Kayla dan SM Arman Naza.