“Tolong Jangan Cium Anak Saya” – Anjur Akikah, Nabila Razali Titip Pesanan Buat Tetamu Yang Hadir

14 hours ago 9

Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali, memaklumkan bahawa beliau dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, telah bersedia menyambut kehadiran tetamu sempena majlis Akikah dan Kesyukuran anak sulung mereka yang berlangsung pada hari ini, 7 Jun 2025, di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan.

Menyediakan Pelan Alternatif

via Instagram Nabila Razali

Nabila berharap agar majlis berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan.

Menurutnya, mereka juga telah menyediakan pelan alternatif jika kehadiran tetamu melebihi jangkaan.

Seperti biasa untuk majlis akikah, kita akan tumbangkan dua ekor kambing.

Jika pengunjung melebihi jumlah yang dijangka, kita ada ‘plan B’.

Semoga apa yang kami sajikan mencukupi.

Wajah Bakal Didedahkan

via Instagram Nabila Razali

Menariknya, Nabila turut memaklumkan bahawa wajah dan nama penuh anak lelaki mereka akan didedahkan kepada umum buat pertama kali pada majlis tersebut.

Sebenarnya, saya dah lama merancang nak buat majlis akikah.

Tapi nanti orang lain pula yang kongsi gambar anak saya.

Jadi, saya rasa lebih baik saya sendiri yang berkongsi kepada mereka yang menantikan.

Titip Pesanan Buat Tetamu

via Instagram Nabila Razali

Dalam pada itu, Nabila juga menitipkan pesanan kepada para tetamu agar menjaga adab serta tidak melakukan perkara yang boleh mengganggu keselesaan dan kesihatan anak kecil mereka.

Kalau boleh, tolong jangan cium anak saya atau lakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Saya harap para tetamu faham dan hormati permintaan saya.

Sekadar rekod, Nabila dan Nik Iruwan telah mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia enam bulan.

Sebelum ini, beliau turut menjemput orang ramai hadir ke majlis tersebut yang terbuka untuk kenalan dan peminat.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |