Sebelum ini penyanyi dan komposer berbakat, Aina Abdul mengakui bahawa perjalanan sebagai anak seni bukanlah sesuatu yang mudah.
Memberi Kesan Mendalam
Aina pernah menegaskan bahawa tekanan yang dihadapi selepas merangkul Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) memberi kesan yang mendalam.
Susulan itu, Aina memilih untuk mengurangkan aktiviti di media sosial sebagai langkah menenangkan diri dan menyusun semula arah kerjaya.
Menurut Aina, ramai yang hanya memfokuskan perkara negatif dan salah faham tentang dirinya.
Berkongsi Bila Bersedia

Ada yang menuduhnya sengaja ‘show off’ di pentas AJL setiap tahun, namun baginya, setiap persembahan adalah hasil konsep dan kreativiti, bukan semata-mata untuk menonjolkan diri.
Aina yang telah enam tahun menyertai AJL berkata, beliau kini mahu fokus menghasilkan karya secara senyap, dan hanya akan berkongsi apabila bersedia.
Terbaru, satu video di Youtube milik Buzzing Malaysia ada memuat naik video berdurasi lebih sembilan minit mengenai sesi temu bual bersama Aina Abdul.
Dalam video tersebut, wartawan ada bertanyakan mengenai penglibatan Aina Abdul untuk tahun akan datang.
Masih Belum Pasti Mengenai Penglibatan AJL40
Menurut Aina, beliau sendiri masih dalam keadaan yang tidak pasti mengenai penglibatan untuk AJL akan datang dan bagi beliau, beliau akan melakukan yang terbaik untuk tahun ini.
Saya tak pasti nak cakap saya masuk ke tak. Kita tengok planning Allah untuk saya tahun ini.
Selebihnya saya akan berusaha yang terbaik untuk apa yang saya buat tahun ini.
Sejujurnya saya 50 – 50. Saya kena adil dengan diri saya. Kalau saya nak progress dengan diri saya, saya perlu korbankan sesuatu.
Jadi itu sahaja yang saya boleh share. Tak pasti lagi. Maaf sangat.
Tambah Aina, beliau perlu juga untuk korbankan sesuatu jika mahukan ‘progress’ untuk diri sendiri.
Bagi Aina, diam bukan bermakna menyerah, tetapi satu cara untuk kekal kuat dan terus berkarya dalam dunia seni yang penuh cabaran dan persepsi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.