Kecoh Sheila On 7 Di Bukit Jalil, Peminat Meronta – “Ingatkan Hijab Dia Dah Tertutup”

2 days ago 15

Sheila On 7 akhirnya datang ke Malaysia! Ya, bukan teaser, bukan khabar angin , memang sah. Kumpulan legenda dari Indonesia itu akan menggegarkan pentas Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Julai ini sempena festival muzik Latihan Pestapora.

Pengumuman rasmi oleh pihak penganjur, Hitman Solutions, di Instagram mengejutkan ramai. Sebelum ini, acara tersebut dijadualkan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, namun kini dipindahkan ke lokasi yang jauh lebih besar – petanda awal betapa besar sambutan yang dijangka.

Peminat Teruja, Ruangan Komen Riuh

Belum sempat seminggu diumumkan, ruangan komen di posting Instagram Hitman Solutions sudah penuh dengan pelbagai reaksi – daripada yang teruja tak tentu arah, sampai ke yang berseloroh dengan ayat-ayat yang buat ramai tersengih.

Antara komen mencuri tumpuan:

“Thanks min bawa SO7!! Ingatkan hijab dia dah tertutup, tak nampak Malaysia ni wujud!” – satu komen penuh makna yang mencuit hati ramai.

“Wahh confirm esok sold out!!” – kata seorang lagi yang nampaknya dah mula panik tentang tiket.

“THANKYOUUU DO MIN SUMPAH 4 TAHUN SAYA TUNGGU DORANG DATANG SINI HAHAHAHAHHAHA” – luahan emosi peminat tegar yang jelas tidak dapat menyembunyikan keterujaannya.

Dari Jakarta Ke Bukit Jalil – Impian Jadi Nyata

Latihan Pestapora merupakan versi pemanas enjin kepada festival Pestapora di Jakarta – sebuah acara muzik tahunan yang cukup terkenal dengan lineup artis hebat. Kini, ia dibawa ke Malaysia oleh Hitman Solutions bersama Boss Creator, dan siapa sangka, Sheila On 7 jadi antara daya tarikan utama.

Bagi yang membesar dengan lagu-lagu seperti Dan, Sephia, Anugerah Terindah Yang Pernah Kumiliki dan Melompat Lebih Tinggi, berita ini memang betul-betul membangkitkan nostalgia. Ramai yang menunggu saat ini sejak bertahun lamanya, dan akhirnya ia jadi kenyataan.

Tiket Dijangka Laris – Jangan Tunggu Lama

Melihat kepada sambutan awal, besar kemungkinan tiket akan habis dalam masa singkat. Jadi buat yang memang dah lama simpan hajat nak tengok SO7 secara langsung, ini peluang terbaik. Tak perlu ke Jakarta – sebab kali ini, Duta dan teman-temannya yang datang ke sini.

YouTube video

Bersedia untuk malam penuh kenangan, nostalgia dan lautan suara yang menyanyi seiring dengan lagu-lagu yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup ramai orang.

Jumpa di Bukit Jalil, 26 Julai nanti, Sheila On 7 sudah bersedia, peminat pun nampaknya tak sabar lagi!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |