Dituduh Penyalahgunaan Dadah, Puteri Sarah Menang Kes Saman Fitnah Dengan Bekas Pekerja

14 hours ago 8

Satu hantaran dimedia sosial menjadi bualan hangat oleh warga net mengenai kes saman yang melibatkan pelakon Puteri Sarah Liyana.

Kenyataan Berunsur Fitnah

Kes ini bermula pada Februari 2024, apabila Sarah memfailkan saman berjumlah RM1 juta ke atas Nazatul, susulan beberapa kenyataan berunsur fitnah yang disebarkan melalui Instagram Stories dan WhatsApp.

Antara dakwaan yang dilemparkan termasuk tuduhan penyalahgunaan dadah, bersikap sombong, membela individu bernama ‘Andy’ serta menjadi majikan yang tidak bertanggungjawab.

Terbaru, dalam video yang dimuat naik oleh Youtube Selebriti Malaysia, menunjukkan momen kemenangan Puteri Sarah ketika sesi ‘live’.

Bersyukur Dengan Kemenangan

via Youtube Selebriti Malaysia

Dalam video tersebut, sarah kelihatan teruja dengan kemenangan dan turut bersyukur kerana keputusan berpihak kepadanya.

Untuk kes tersebut, mahkamah memutuskan bahawa kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Nazatul telah merosakkan reputasi Sarah sebagai seorang selebriti, usahawan, dan ibu tunggal.

Susulan keputusan itu, Nazatul diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM150,000, serta kos perbicaraan RM30,000 dan faedah 5% setahun sehingga bayaran selesai.

Nazatul Perlu Membayar Ganti Rugi

via Harian Metro

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan Nazatul membuat permohonan maaf bertulis, menarik balik kenyataan fitnah dalam tempoh tiga hari, serta mengemukakan aku janji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Injuksi turut dikenakan bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut kenyataan fitnah terhadap Puteri Sarah.

Dalam masa sama, tuntutan balas Nazatul ditolak sepenuhnya, dan dia diperintahkan membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Puteri Sarah.

Kes ini memberi peringatan jelas bahawa fitnah di media sosial bukan perkara remeh dan boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |