Samsung akhirnya perkenalkan Galaxy Ring – cincin pintar pertama mereka yang kecil tapi sangat power. Kalau anda baru sahaja membeli atau tengah tunggu cincin ini sampai, ada beberapa benda penting yang wajib anda buat supaya tak rugi pakai.
Cincin ini bukan macam cincin biasa. Ia boleh jejak kesihatan 24/7, sambung dengan phone, dan boleh bantu mudahkan rutin harian anda. Tapi, kalau tak setup betul-betul… sayanglah teknologi canggih ni!
1. Pakai Dengan Cara Yang Betul
Jangan main sarung je, ya. Galaxy Ring ada garis halus dekat bahagian dalam, itu penunjuk arah cincin. Garis ini kena duduk di bahagian bawah jari (bahagian tapak tangan) sebab sensor kesihatan ada di situ. Kalau terbalik, bacaan jantung dan tidur boleh jadi tak tepat.
Tips: Bila pakai, pastikan garis tu lebih kurang sejajar dengan lipatan jari. Selesa dan tak longgar pun penting juga.
2. Aktifkan Fungsi Gerak Isyarat (Gesture Control)
Ini ciri paling unik yang Galaxy Ring ada! Kalau anda guna phone Samsung terbaru (One UI 6.1.1 ke atas), anda boleh matikan alarm atau ambil gambar hanya dengan dua kali cubit jari.
Cara aktifkan:
- Buka Galaxy Wearables App.
- Pilih Galaxy Ring.
- Tekan Gerak Isyarat, dan aktifkan fungsi yang anda suka.
Nak ambil selfie dari jauh atau snooze alarm tanpa bangun terus dari katil? Inilah jawapannya.
3. Guna Fungsi “Cari Cincin Saya”
Cincin ni kecil, memang mudah tercicir. Tapi Samsung dah fikir siap-siap. Dalam app Galaxy Wearables, ada fungsi ‘Cari Cincin Saya’.
Kalau cincin jatuh bawah sofa, anda boleh nyalakan lampu LED cincin dari phone. Kalau pakai phone Samsung, anda boleh tengok lokasi terakhir cincin tu dengan lebih tepat melalui app Samsung Find.
4. Jaga Bateri – Cas Sekali, Pakai Seminggu
Galaxy Ring tahan hingga 7 hari dengan sekali cas – not bad kan! Tapi jangan biar sampai bateri habis terus.
Pastikan anda cas bila bateri tinggal 10–15% dan elakkan overcharge. Lagi best, dia cas laju, jadi tak perlu tunggu lama untuk sambung pakai.
5. Manfaatkan Ciri Kesihatan 24/7
Jangan sekadar pakai untuk gaya , Galaxy Ring ni pakar kesihatan mini! Ia boleh:
- Pantau tidur (siap bagi skor tidur)
- Ukur kadar denyutan jantung
- Jejak aktiviti harian & kalori
- Kesan tahap stres anda
Semuanya automatik, anda cuma perlu pakai. Lagi rajin anda pakai, lagi lengkap data yang boleh bantu anda jaga kesihatan secara bijak.
Cincin Kecil, Kuasa Besar
Samsung Galaxy Ring ni nampak simple, tapi dia gabungan teknologi, gaya dan kesihatan dalam satu. Bila tahu cara nak guna betul-betul, anda akan rasa macam ada jurulatih peribadi yang ikut ke mana saja.
Lepas ni tak ada alasan untuk tak sihat, kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.