Hari ini Murai buka kotak sebuah peranti yang bukan saja telefon, tapi juga seolah-olah merchandise konsert. Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition. Ini edisi khas yang dilancarkan bersempena dengan BamBam, penyanyi terkenal dari Thailand yang juga duta Redmi.
Warna? Sand Gold. Tanda tangan? Ada besar-besar di belakang. Aura? Sampai rasa ke dada bila selepas pegang.
Apa Ada Dalam Kotak?
Kotaknya pun bukan main bergaya dengan sign BamBam di depan. Bila buka, kita jumpa:
- Pengecas 45W “designed by Xiaomi”, laju sampai powerbank lama anda terasa tak relevan.
- Kabel USB type-C, bukan USB “Cincai”.
- Sarung getah warna hitam, supaya telefon anda tak tergelincir macam hati bila tengok BamBam.
- Kad keselamatan & kad jaminan, biasanya kita baca bila dah tersilap.
Dan semestinya, telefon itu sendiri dengan kemasan Sand Gold dan tanda tangan BamBam.
Spesifikasi Ringkas
Ini hanya unboxing, jadi kita bagi ‘spoiler’ sikit saja:
- Skrin besar AMOLED dengan kadar segar semula tinggi (scroll Instagram pun rasa mewah).
- Cip Dimensity 7300-Ultra yang cukup laju untuk kerja dan main game.
- Kamera utama 200MP yang kalau muka masih tak flawless, itu bukan salah kamera.
- Bateri besar, siap dengan pengecasan pantas, jadi tak ada alasan bateri habis masa tengah stalk IG BamBam.
Harga & Di Mana Beli?
Untuk semua ini, harganya cuma RM1,299. Boleh mula dapatkan hari ini di mi.com, Shopee dan Lazada.
Kalau anda peminat BamBam atau suka telefon dengan gaya yang lain daripada biasa, ini edisi yang patut anda pertimbangkan. Dengan kotak cantik, tanda tangan BamBam dan warna Sand Gold, ini lebih dari sekadar telefon , ini juga “perhiasan” dan bahan pamer di meja kopi.
Tunggu review penuh daripada kami untuk tahu sama ada prestasinya sehebat rupanya, atau sekadar pandai bergaya saja.