[VIDEO] “Sampai Cabut Baju Pun Orang Rebut!” – Aisar Khaleed Dilayan Bagai Raja Di Medan

4 hours ago 4

Pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaleed, sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila dikongsikan sebuah video di Instagram yang menunjukkan sambutan luar biasa rakyat Indonesia terhadap dirinya ketika berada di Medan.

Dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, kelihatan Aisar dikerumuni oleh peminat yang begitu teruja menyambut kehadirannya. Suasana menjadi semakin gamat apabila Aisar secara spontan menanggalkan bajunya dan mencampakkannya ke arah orang ramai yang kemudian berebut-rebut untuk mendapatkan “cenderahati eksklusif” itu.

“Macam raja turun padang!”

Aksi berani dan spontan itu ternyata menghiburkan ramai warganet, khususnya dari Indonesia sendiri yang turut membanjiri ruangan komen dengan pujian dan keterujaan mereka melihat kehadiran influencer dari Malaysia itu di negara mereka. Tidak kurang juga yang melabel Aisar sebagai ‘selebriti antarabangsa’ apabila sambutan yang diterima di Medan jauh lebih meriah daripada kebiasaan.

“Betul-betul popular kat sana!”

Rata-rata netizen Malaysia turut terkejut melihat betapa hangatnya sambutan yang diterima Aisar, membuktikan pengaruh media sosialnya bukan sahaja kuat di tanah air, tetapi turut menembusi pasaran negara jiran.

“Sampai baju pun nak simpan buat kenangan, power Aisar!”

“Layanan macam superstar K-pop, bukan calang-calang.”

“Terlalu menyala. Auranya kaya magnet ketarik semua sama ketampanan dia”

“Ramai rakyat Indo sayang sama dia”

Aisar juga dilihat tidak kekok melayan peminat, malah kelihatan seronok dan mesra membalas jeritan serta lambaian mereka dengan senyuman dan interaksi secara langsung.

Populariti Makin Meningkat

Aisar Khaleed dikenali ramai dengan konten video yang mencuit hati dan kadang-kala kontroversi, tetapi tetap berjaya mengekalkan populariti dengan cara tersendiri. Dengan kunjungan ke Medan ini, ternyata aura dan kehadirannya semakin kukuh dalam dunia hiburan serantau.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |