[VIDEO] Qadeejah Menyakat Ammar Ahyan Sampai Merajuk, Netizen Terhibur..

6 hours ago 6

Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.

Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.

“Terbalik Ni, Selalu Abang Usik Adik Tapi Ni Adik Yang Usik Abang Hahahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @meerqal7 yang peroleh pergatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebayak 162 ribu, tanda suka sebanyak 6,493 dan sebanyak 70 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Ammar Ahyan yang sedang melakukan live untuk menjual sabun mandi kemudian beliau disakat oleh adik perempuannya iaitu Qadeejah sehingga membuatkan beliau hampir merajuk dan meninggalkan live tersebut.

@meerqal7

Merajuk member. Anak no 2 memang kuat mengusik 🤣🤣 #AmmarAhyan #Cess

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa selalu yang besar akan menyakat yang kecik sehingga merajuk namun terbalik pula telatah anak-anak Aliff Syukri ini.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |