[VIDEO] “Nyanyian Bibik Lagi Sedap Dari Datuk Aliff Syukri”-Netizen

8 hours ago 7

Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.

Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.

“Silap Silap Tahun Depan Keluar Lagu Raya Datuk Aliff Syukri Duet Dengan Bibiknya Itu Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @aiminohh2 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 192 ribu, tanda suka sebanyak 4,989 dan sebanyak 274 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Bibik kepada Datuk Aliff Syukri yang mempunyai suara yang sangat merdu apabila menyanyi. Bibiknya juga mengatakan bahawa dahulu dirinya sebagai penyanyi di kampung halamannya namun nasib tidak menyebelahinya dan datang ke Malaysia untuk menjadi pembantu rumah.

@aiminohh2

Bibik dato aliff rupanya penyanyi kat kampung. Mega ehh! 💃 #datoaliffsyukri #aliffsyukri #ammarahyan #cess #dherbs #dherbsterlajaklaris #fyp #masukberandafyp #fypシ

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Datuk Aliff Syukri pasti akan rasa tercabar kerana bibiknya mempunyai suara yang sedap dan lebih merdu darinya itu. Tambah mereka lagi, berkemungkinan tahun hadapan akan ada single lagu raya aidilfitri yang baharu dimana beliau berduet bersama bibiknya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |