[VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

6 hours ago 5

Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.

Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.

Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.

“Aku Yang Couple Lama Ni Pun Tak Pernah Ada Cawan Gambar Macam Tu Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @monalizajantan yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 373 ribu, tanda suka sebanyak 8,423 dan sebanyak 89 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Amira othman yang menceritakan mengenai mengapa keluarganya membuat rumah sebesar itu di Kuala Lumpur namun yang tinggal disitu hanya beberapa orang sahaja.

@monalizajantan

cr live: @Amira Othman #amiraothman #tiktokmalaysia #videoviral #masukberanda #fyp #artismalaysia #trending #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Ummi Mona – Ummi Mona

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa cawan yang diminum oleh Amira Othman itu lagi menarik perhatian daripada kisah rumahnya yang besar itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |