Satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @inamma99 telah mencuri perhatian ramai apabila memaparkan reaksi neneknya yang begitu kagum melihat Menara Berkembar Petronas (KLCC) buat pertama kali. Reaksi spontan dan penuh keterujaan wanita tersebut menarik pelbagai komen positif daripada warga maya yang turut berbangga dengan keindahan ikon negara itu.
@inamma99Grandma said Infinite aura 💀 #petronastwintower #kualalumpur #singapore #nightlife #grandma
Dalam video berdurasi pendek itu, pelancong tersebut dilihat berdiri terpaku memandang KLCC dengan wajah terpegun, beliau menyatakan betapa ‘aura’ bangunan tersebut sangat kuat, seolah-olah ada daya tarikan luar biasa yang sukar digambarkan.
Kapsyen yang disertakan oleh pemilik video pula menambahkan lagi elemen emosi dan kebanggaan dalam perkongsian itu.\
“Grandma said infinite aura”
Ramai Yang Bangga!
Reaksi netizen turut mencerminkan perasaan yang sama. Ramai yang bersetuju bahawa KLCC sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri bukan sahaja dari segi seni bina yang moden dan megah, malah juga sebagai simbol kemajuan negara yang sering menjadi tumpuan pelancong luar.
“Saya pun setiap kali lalu depan KLCC, mesti akan rasa kagum walaupun dah tengok banyak kali”
“Bangga jadi rakyat Malaysia bila orang luar pun boleh rasa ‘vibes’ KLCC”
“Bangunan tak lapuk dek zaman”
“Orang luar tau Malaysia ada KLCC”
KLCC bukan sekadar mercu tanda kebanggaan Malaysia, tetapi juga lambang perpaduan, kemajuan dan pencapaian yang membuktikan negara ini mampu berdiri seiring dengan negara-negara maju lain di dunia.