Anak bongsu Maia Estianty-Ahmad Dhani, Dul Jaelani pernah berkongsi mengenai momen kenangan pahitnya iaitu perceraian ibu bapanya di saluran YouTube Alfie Alfandy.
Dalam perkongsiannya di YouTube itu, Dul mendedahkan momen pahit itu berlaku ketika dia dan abang-abangnya, Ahmad Al Ghazali dan El Rumi masih lagi kecil.

Perceraian ibu bapanya berlaku kerana Ahmad Dhani dikhabarkan menjalinkan hubungan sulit dengan rakan Maia iaitu Mulan Jameela. Bukan itu sahaja, mereka juga didakwa telah berkahwin secara rahsia.

Mengimbas kembali momen tersebut, Dul masih ingat dengan jelas bagaimana Maia menghampiri dia dan abang-abangnya di dalam bilik untuk mengucapkan selamat tinggal.
“Saya ingat dengan jelas apabila ibu saya datang kepada kami, kemudian Al, El dan Dul berpura-pura tidur. Ibu cakap, “Ibu keluar rumah dulu”. Al, El, Dul semua diam tidur tetapi kami dengar. Ibu pergi, semua bangun menangis.”

Mereka bertiga yang berpura-pura tidur sebenarnya mendengar apa yang dikatakan oleh Maia. Mereka kemudiannya, bangun menangis selepas mengetahui ibu mereka meninggalkan mereka kerana dihalau oleh bapanya.
Dul juga akui, sejak kecil lagi dia dan abang-abangnya sukar untuk menerima perpisahan mereka dan juga kehadiran Mulan Jameela sebagai ibu tiri.
Namun apabila dia semakin dewasa dan melihat kehidupan ibu bapanya kini, Dul mula faham bahawa keputusan untuk bercerai adalah terbaik untuk Maia dan Dhani.
“Tapi ya, itu juga ketentuan Allah. Kalau tengok, ini yang terbaik. Ayah gembira dan ibu pun gembira sekarang. Walaupun pada mulanya sukar diterima, akhirnya ini adalah ketentuan Allah.”
Sekadar info, Maia Estianty dan Ahmad Dhani rasmi bercerai pada tahun 2008 kerana timbul khabar angin mengenai orang ketiga dan juga isu perebutan hak penjagaan anak-anak.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.