Beberapa hari ini, tular di TikTok video yang memperlihatkan gambaran tempat duduk pesawat masa depan, di mana penumpang perlu berdiri atau separa berdiri sepanjang penerbangan. Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen, terutamanya apabila dikaitkan dengan rekaan sebenar tempat duduk yang diperkenalkan oleh syarikat Itali, Aviointeriors, iaitu Skyrider 2.0.
@flywithlinnaStanding only seats will be introduced from 2026 in many airlines to fit more people on board. Are you ready for a new low cost airline experience? #aviation#aprilfools#lowcost#airlinetiktok#news
♬ son original – CARNEY-2025-Canada🇨🇦🇺🇲🦅
Rekaan ini bukan sekadar khabar angin. Skyrider 2.0 direka untuk ketumpatan ultra tinggi, yang membolehkan lebih ramai penumpang dimuatkan dalam pesawat. Dengan ruang kaki hanya sekitar 23 inci berbanding 28 inci di tempat duduk ekonomi biasa, ia dikatakan boleh meningkatkan kapasiti penumpang sehingga 20%. Tempat duduk ini juga 50% lebih ringan dan menggunakan bilangan komponen yang lebih sedikit, membantu syarikat penerbangan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Aviointeriors menyatakan bahawa konsep ini sesuai untuk penerbangan jarak pendek, malah mampu membuka pasaran baharu kepada penumpang yang mahukan tambang lebih murah. Namun, persoalannya tetap timbul — adakah ia masuk akal dari sudut keselesaan dan keselamatan?
Netizen nyata berbelah bahagi. Di media sosial, ada yang tidak dapat menerima idea ini:
“Saya lebih rela duduk di lantai daripada berdiri dalam pesawat.”
“Naik kapal terbang sepatutnya selesa, bukan seksa.”
“Kalau perjalanan bawah sejam dan tiket jauh lebih murah, saya boleh pertimbangkan.”
Tinjauan Ryanair pada tahun 2010 mendapati ramai penumpang terbuka dengan idea ini, terutamanya jika ia percuma atau menawarkan tambang separuh daripada biasa. Namun, hingga kini belum ada syarikat penerbangan yang mengesahkan akan menggunakan tempat duduk ini dalam pesawat mereka.
Walaupun masih dalam peringkat konsep, Skyrider 2.0 membuka perbincangan penting:
Berapa jauh kita sanggup korbankan keselesaan demi harga tiket yang lebih murah?
Dan yang lebih utama, adakah berdiri di udara satu langkah ke hadapan, atau ke belakang dalam dunia penerbangan moden?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.