Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.
Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.
“Sebelum Ni Puji Dtain Penyabar, Rupanya Ammar Ni 100 Peratus Lagi Penyabar Orangnya”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @dherbs_holding yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 307 ribu, tanda suka sebanyak 9,418 dan sebanyak 838 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Datuk Aliff Syukri yang menyakat anaknya Ammar Ahyan dengan menyanyi serta menjodohkan anaknya itu bersama anak perempuan usahawan terkenal iaitu Cik B.
@dherbs_holdingPapa suka sakat anak anak #papacarimenantu #dherbs #jerukmangga
♬ original sound – DHERBS HOLDING HQ – DHERBS HOLDING HQ
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Ammar Ahyan sangat penyabar kerana walaupun Aliff Syukri berkata macam macam namun beliau tetap sabar mendengarkannya. Tambah mereka lagi, mereka juga seronok melihat Ammar Ahyan disakat oleh ahli keluarganya kerana mereka dapat melihat sisi lainnya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?