[VIDEO] Aina Abdul Teruja Dapat Hadir Ke Konsert Siti Nurhaliza, Curi Perhatian Netizen!

7 hours ago 6

Perkongsian penyanyi terkenal, Aina Abdul mencuri perhatian peminat selepas meluahkan rasa teruja apabila dapat menghadiri Konsert Biduanita Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ‘Violet Skies Dato’ Sri Siti Nurhaliza Live In Arena of Stars’ yabg berlangsung selama dua hari di Arena of Stars, Genting Highland, baru-baru ini.

Dengar Lagu Siti Sejak Kecil

Aina Abdul menerusi hantaran di Instagram, mengimbas kembali bahawa dia telah mendengar lagu-lagu nyanyian Siti Nurhaliza sejak dia masih di sekolah rendah, malah dia turut menjadi pengumpul CD milik Biduanita Negara ini.

“Dari sekolah rendah Aina dah dengar suara emas ini. Saya mengumpul CD beliau. Dengar lagu-lagu beliau bersama arwah abah dalam kereta waktu pulang sekolah.

Good old times. Sangat gembira saya dapat hadir konsert Kak Iti kelmarin. Dapat dengar lagu-lagu yang rare dan jarang dibawanya. MasyaAllah tak boleh move on lagi. Thak you for the shoutout Kak Iti. Segan tapi blushing 😆.” Kongsi Aina Abdul di Instagram

“Dua-Dua Kesayangan Peminat..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan pelbagai reaksi mereka. Malah, penggubah dan penerbit lagu, Aubrey Suwito turut berpendapat para artis seharusnya memberikan sokongan antara satu sama lain untuk menuju ke arah industri muzik yang lebih maju.

“Sangat menakjubkan bila para artis menyokong antara satu sama lain. Hanya bersama-sama, kita dapat membesarkan industri kecil ini. Keep leading the way Aina Abdul.”-Aubrey Suwito

“Two humble queen.”-Syada Amzah

“Manisnya 😍💜.”

“Dua-dua kesayangan peminat. InsyaAllah didoakan ada manis-manis buah tangan lagu duet dua figura ini.”

“Kerana aura manis mereka berdua inilah yabg membuatkan ramai tersayang.”

“Dia peminat Siti. Aina Abdul adalah Sitizoners.”

“Dua-dua kesayangan.”

Comel je bila Aina Abdul dan Siti Nurhaliza bertemu bukan? Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |