Ummi Nazeera ‘Miming’ Lagu Siti Nurhaliza, Netizen Terhibur!-“Tolong Ambik Dia Berlakon Semula…”

1 day ago 6

Pelakon, Ummi Nazeera kini kembali menghiburkan netizen selepas berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang ‘miming’ lagu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman media sosial miliknya.

Ummi menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan dirinya yang anggun menggayakan dres labuh berwarna biru lembut itu turut santai ‘miming’ lagu Siti Nurhaliza yang berjudul Kau Kekasihku di kediamannya itu.

“Saya keluar rumah harini.”-kapsyen ringkas Ummi Nazeera di TikTok

@umminazeera

Saya keluar rumah harini.

♬ original sound – Ummi nazeera – Ummi nazeera

“Kena Pantau Ni Karang Pergi Dalam Sungai Pulak..”

Gelagat Ummi Nazeera dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur melihat ragam ibu kepada dua anak ini,

malah ada yang sempat menitipkan pesanan buat para pengarah drama dan filem di Malaysia untuk memberikan tawaran berlakon kepada Ummi yang disifatkan terlalu mempunyai banyak masa lapang daripada menjalankan penggambaran.

“Udah le, Gi sana berlakon. Ambik watak jahat pulak. Rindu watak dalam Nur Kasih rasa nak penyek je 😂.”

“Dr Izzar! Tolong rawat, sampai luar dah ni 😂😂.”

“Tolong persatuan director/ produser se-Malaysia bagi job kat dia! Sakannya dia tak dak shooting ni.”

“Betul-betul free ye sekarang 😂.”

“Kena pantau ni karang pergi dalam sungai pulak.”

“Tolong la ambik dia berlakon semula, tolong la. Risau pulak kita yang nengoknya.”

“KKM mana, dah sampai masa dah tidur ni 😂.”

“Betul la orang cakap nak kahwin kena sekufu.”

“Aku tunggu doc punya lagu pulak, dia mana nak kalah.”

Sekadar info, Ummi Nazeera mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |