Terkantoi Palsukan Ijazah, Ratu Cantik Ini Dipenjara Selama 240 Hari

1 day ago 7

Hanya kerana mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, Ratu Cantik Shenzhen, Li Si Xuan didakwa telah memalsukan ijazah sarjana mudanya. Si Xuan yang pernah menarik perhatian ramai dengan latar belakang akademiknya telah memalsukan kelayakannya untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Hong Kong (HKU).

Pada tahun 2021, Si Xuan yang memohon kepada HKU, mendakwa dia telah menamatkan kursus ijazah sarjana muda dalam linguistik di Universiti Columbia di New York. Dia juga dapat menyediakan dokumen dan sijil yang diperlukan untuk permohonan ke HKU.

Foto – 8days

Dengan dokumen dan sijil tersebut, Si Xuan diterima masuk ke Program Sarjana Gunaan Linguistik di HKU. Bagaimanapun, pembohongannya itu terbongkar selepas pihak universiti menerima aduan mengenai pelajar yang memalsukan dokumen untuk diterima masuk.

Foto – China Admission

Selepas siasatan, Si Xuan merupakan salah seorang daripada pelajar yang memalsukan dokumen. Dan menurut Universiti Columbia, Si Xuan tidak pernah belajar di sana.

Si Xuan didapati turut memalsukan ijazah sarjananya dengan menukar keputusan “lulus” kepada “kecemerlangan”. Tarikh pada sijilnya juga tidak tidak, apabila dia dikatakan menamatkan pengajiannya pada 12 Jun, tetapi majlis graduasi sebenar berlangsung pada 11 Jun.

Foto – Douyin

HKU cuba untuk mengatur pertemuan dengan Si Xuan pada Jun tahun lalu tetapi dia enggan bertemu dengan mereka. Pihak universiti kemudiannya melaporkan Si Xuan sebulan selepas menamatkan statusnya sebagai pelajar.

Si Xuan akhirnya ditangkap dan mengaku bahawa dia hanya lulus daripada Universiti Ekonomi dan Undang-Undang Zhongnan di Wuhan pada 2020. Dia mengupah ‘agensi akademi’ sebanyak 380,000 yuan (RM227,509.08) untuk belajar di Hong Kong. Dia kini dijatuhi hukuman penjara selama 240 hari.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |