MURAI baru balik dari satu acara yang boleh dikatakan antara highlight dalam kalendar industri perkahwinan tahun ini, iaitu Pelancaran Dunia Pengantin Expo 2025.
Kalau korang sangka ini sekadar expo kahwin biasa, percayalah… konsep kali ini memang jauh berbeza dari apa yang pernah kita lihat sebelum ni.
Dunia Pengantin Expo adalah hasil cetusan dua pusat kursus kahwin paling lama dan terkenal di Kuala Lumpur, Kursus Kahwin Kak Ana dan Kursus Kahwin WEP. Dengan pengalaman lebih 20 tahun mendidik pasangan tentang dunia rumah tangga, penganjur tampil dengan idea baru yang lebih segar dan bersifat jangka panjang
Bukan sekadar nak jual pakej perkahwinan, tapi lebih kepada mewujudkan platform komuniti, di mana vendor dan bakal pengantin boleh connect terus sepanjang tempoh enam bulan ini.
Yang paling MURAI rasa wow… Dunia Pengantin Expo bukan expo 2-3 hari macam biasa.
Ini adalah kempen berimpak tinggi yang berlangsung selama 6 bulan, bermula dari Julai hingga Disember 2025. Sepanjang tempoh ni, vendor-vendor akan diberikan exposure konsisten kepada lebih 1,000 bakal pengantin setiap bulan yang hadir kursus kahwin anjuran mereka.
Vendor bukan sekadar dapat buka booth sekali-sekala, tapi diberi peluang berinteraksi terus dengan audience target mereka, sepanjang enam bulan ini.
Belanja Pengunjung Bertuah: Pakej Kahwin Puluhan Ribu Ringgit
Dan ini mungkin berita yang paling ditunggu-tunggu…
Ada kejutan besar menanti pengunjung bertuah!
Penganjur Dunia Pengantin Expo akan menaja pakej perkahwinan bernilai puluhan ribu ringgit kepada pasangan yang bertuah sepanjang kempen ini berlangsung.
MURAI sendiri sempat berbual penganjur Mohamad Anwar Bin Fauzi dan zah NurSabrina Binti Aznishah, dan memang sah, hadiah bukan calang-calang. Termasuk pakej pelamin, fotografi, solekan, busana pengantin dan lain-lain servis yang biasanya hanya dalam wishlist ramai bakal pengantin.
Siapa tahu, korang yang tengah baca ni mungkin salah seorang yang bertuah nanti.
Vendor Kahwin Dari A Sampai Z
Antara vendor yang akan turut serta termasuklah:
- Penyedia pelamin
- Jurugambar & videographer
- Perancang majlis
- Katering
- Doorgift
- Barangan kemas
- Dan banyak lagi servis lain
Ringkasnya, kalau tengah plan kahwin, Dunia Pengantin Expo adalah tempat paling senang nak cari semua benda di bawah satu bumbung. MURAI suka vibe sepanjang majlis pelancaran ni. Tak terlalu skema, tapi tetap teratur dan penuh excitement. Ramai vendor ambil peluang untuk network dengan media, bakal pengantin dan juga sesama vendor.
Ramai juga yang kagum dengan konsep ‘expo berterusan 6 bulan’ ni. Jarang ada penganjur berani buat sesuatu yang berskala macam ni. Untuk bakal pengantin, jangan lepaskan peluang ni. Bukan setakat boleh dapat idea kahwin, tapi siapa tahu, rezeki menang pakej kahwin bernilai puluhan ribu ringgit.
Untuk vendor pula, ini masanya nak naikkan nama dalam industri. Exposure selama enam bulan kepada audiens sebenar, memang peluang yang susah nak jumpa di tempat lain. Untuk info lanjut atau nak daftar sebagai vendor: Email: [email protected], IG: @duniapengantinexpo