Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan dalam kalangan peminat apabila memuat naik beberapa gambar ilustrasi aneh di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Menimbulkan Pelbagai Spekulasi
Tanpa kapsyen, perkongsian itu menimbulkan pelbagai spekulasi tentang keadaan mental dan emosi atlet berusia 27 tahun itu.
Antara gambar yang dimuat naik termasuklah wajah terbakar, muka yang dicucuk dengan jarum serta tubuh individu terbaring di atas sofa dengan kesan darah.
Turut dikongsikan, ilustrasi suasana gelap, sosok bayangan hitam serta imej menggambarkan minda yang kosong dan semuanya membawa aura suram.
Peminat Mula Bimbang

Lebih membimbangkan, Zii Jia juga menukar gambar profil Instagramnya kepada warna hitam sepenuhnya.
Tindakan itu menimbulkan pelbagai reaksi, dengan ramai netizen menganggap ia mungkin petanda gangguan emosi atau kemurungan yang sedang dihadapi oleh beliau.
Rata-rata peminat di ruangan komen menyatakan kebimbangan dan memberikan kata-kata semangat kepada anak jati Kedah itu.
“Malaysian with You!”
Ada yang berdoa agar Zii Jia diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi sebarang tekanan, manakala yang lain mengingatkan bahawa dia tidak keseorangan.
Saya tahu ini bukan masa yang mudah, tapi awak kuat dan kami semua sokong awak.
Jangan buat perkara bukan-bukan, ramai yang sayangkan awak
Malaysia with you, sending hugs.
Dalam dunia sukan yang penuh tekanan, kesejahteraan mental atlet juga perlu diberi perhatian.
Diharapkan Zii Jia mendapat sokongan yang sewajarnya dan kembali bangkit dengan semangat baharu.