Malam Penuh Sejarah! Konsert DATO’ M. N46IR CIPTA 3 Bakal Gegarkan Axiata Arena

7 hours ago 6

Legenda muzik tanah air, Dato’ M. Nasir, bakal menggegarkan pentas Axiata Arena Kuala Lumpur pada 27 September 2025 jam 8 malam menerusi Konsert DATO’ M. N46IR CIPTA 3.

Menampilkan Lagu-Lagu Rock

via OPR Network

Konsert ini dijangka menarik ribuan peminat setianya yang ingin menyaksikan persembahan penuh nostalgia dan tenaga rock dari sang maestro.

Dengan konsep “Malam Ini Gua Rock”, konsert kali ini menampilkan lagu-lagu rock ciptaan dan nyanyian Dato’ M. Nasir yang pernah meninggalkan impak mendalam dalam industri muzik.

Para peminat digalakkan hadir dengan gaya bebas bertemakan “Rock Cara Lu… Janji Rock”, sebagai lambang kebebasan ekspresi dan kecintaan terhadap genre rock.

Hadiah Istimewa Buat Pembeli Tiket

via OPR Network

Konsert ini turut dimeriahkan dengan sokongan Etiqa sebagai rakan strategik utama bersama Harley-Davidson.

Sebuah motosikal eksklusif Harley-Davidson model Softail STD FXST bernilai RM114,000 lengkap dengan insurans Etiqa akan dihadiahkan kepada seorang pembeli tiket bertuah, menjadikan malam tersebut lebih istimewa dan bersejarah.

Menurut Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, hadiah tersebut hanya terbuka kepada pembeli tiket sah tanpa mengira kategori tempat duduk.

Malam Penuh Sejarah

via OPR Network

Maklumat lanjut serta tatacara penyertaan cabutan bertuah akan dikongsi melalui Instagram rasmi @iconentertainmentmy dan @datomnasircipta.

Pengguna aplikasi Etiqa+ diberi akses awal untuk mendapatkan tiket pada 3 Julai 2025, manakala jualan umum bermula 4 Julai.

Harga tiket bermula dari RM258 hingga RM628, tersedia di laman www.ticket2u.com.my/mnasircipta3 atau melalui talian hotline 012-6530700.

Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada malam penuh sejarah ini.

Malam Ini Kita Rock, bersama DATO’ M. N46IR CIPTA 3!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |