Isteri Shahid Kapoor Dikritik, Netizen Akui Mira Biadap Dengan Pekerja Hotel

1 day ago 7

Ramai yang tahu betapa sweetnya Shahid Kapoor dan Mira Rajput. Walaupun mereka mempunyai jurang umur 13 tahun, mereka tidak pernah berhenti mempamerkan kemesraan di media sosial.

Disebalik kemesraan mereka, muncul beberapa pengguna media sosial mendedahkan sifat sebenar Mira yang dikatakan sangat sombong dan juga biadap.

Foto – Prokerala

Di Reddit, seorang pengguna platform (dilabel sebagai “A”) itu telah mengesahkan Mira bersikap sombong ketika A bekerja di Pameran Seni India pada tahun 2020. Kedua-duanya berpandangan dan A telah senyum kepadanya tetapi Mira telah menjelingnya seperti melihat sesuatu yang menjijikkan.

Kemudian pengguna Reddit seterusnya (dilabel sebagai “B”) pula yang merupakan junior sekolah di Kolej Lady Shri Ram bersama Mira, menggelarnya sebagai sombong dan jahat. Mira didakwa pernah mengejek seorang gadis yang miskin, sambil mempersendakan pakaian, rambut dan loghat bahasa Inggeris mereka.

Foto – Money Control / Reddit

Manakala pengguna Reddit ketiga (dilabel sebagai “C”) turut mengesahkan sikap biadap dan sombong Mira. Kongsinya, rakan C yang bekerja di sebuah hotel dan Mira telah berkelakuan kasar semasa penginapannya dengan Shahid Kapoor.

“Boleh mengesahkan tentang kesombongan Mira. Rakan saya pernah bekerja di sebuah hotel lima bintang di Delhi. Mira dan Shahid menginap di sana untuk tayangan perdana filem ‘Jersey’. Dia memberitahu saya, Mira benar-benar bergaduh dengan pekerja hotel untuk bil Rs.1500 dan berkelakuan kasar sepanjang penginapannya. Sedangkan Shahid seorang yang merendah diri dan pernah berswafoto dengan pekerja hotel.”

Foto – India Forum

Menjengah ke ruangan komen di kongsian Reddit itu, rata-rata pengguna turut meninggalkan komen mengenai sikap Mira yang kurang sopan dan juga kasar itu.

Apa pendapat kamu tentang sikap Mira Rajput?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |