Good Virtues Co & Richiamo Coffee Perkenal Minuman Habbatus Sauda

1 day ago 10

Good Virtues Co., Jenama produk Halal Clean Beauty dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia telah memperkenalkan cara baharu untukmenikmati kelebihan Habbatus Sauda–kali ini melalui secawan kopi. Dalam kerjasama julung kali antara Richiamo Coffee dan Watsons Malaysia, kolaborasi ini menggabungkan elemen kesihatan, kecantikan, minuman dan ruang beli-belah.

Kerjasama ini memperkenalkan siri minuman pertama di Malaysia yang kaya dengan Habbatus Sauda, dihasilkan bersama Richiamo Coffee dan juga diinspirasikan oleh bahan utama Good Virtues Co. Kolaborasi ini berkonsepkan ‘Rejuvenate Your Skin, Awaken Your Senses’, menyunting semangat meraikan kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalaman.

Good Virtues Co. menggalakkan anda untuk ‘Celebrate Your Noor’– bermaksud meraikan kecantikan dalaman & luaran dalam kalangan wanita muslim. Pada masa yang sama, minuman Habbatus Sauda dari Richiamo Coffee membantu menyegarkan dari dalam, sekaligus menyerlahkan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam.

Siri minuman Habbatus Sauda ini dicipta khas untuk memberi manfaat Habbatus Sauda dalam cara yang menyegarkan dan mudah dinikmati. Dengan pilihan kopi dan bukan kopi, setiap minuman memberi detik keselesaan dan berkhasiat – sama ada dinikmati panas atau sejuk. Kini siri minuman ini boleh didapati di semua cawangan Richiamo Coffee.

Good Virtues Co. Richiamo Coffee, dan Watsons Malaysia bersatu dalam kolaborasi ini dengan matlamat bersama – memperkenalkan Habbatus Sauda dengan cara dari dalaman dan luaran. Ikuti kami untuk perkembangan lanjut dalam kolaborasi bermakna ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.goodvirtuesco.com dan ikuti @goodvirtuesco di Instagram dan TikTok.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |