Feby Putri Kembali Gegarkan ZeppKL Julai Ini dengan Konsert “Hitam Putih”

5 hours ago 4

Solois muda berbakat kelahiran tahun 2000, Feby Putri, bakal kembali menghiburkan peminat Malaysia buat kali ketiga menerusi konsert “FEBY PUTRI Vol. 3, HITAM PUTIH Live in Kuala Lumpur” yang akan berlangsung pada 19 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Kehadiran Feby Putri bukanlah asing buat peminat di Malaysia.

Hadir Dengan Album Sulung

Persembahan sulungnya pada tahun 2023 telah meninggalkan impak mendalam, diikuti dengan konsert tahun lalu yang turut berlangsung di lokasi sama.

Pada Julai 2024, peminat setia mula beratur seawal jam 2 petang demi mendapatkan tempat terbaik di zon hadapan — bukti nyata populariti dan aura luar biasa penyanyi ini.

Tahun ini, Feby Putri kembali dengan rangkaian lagu dari album sulungnya “RIUH” serta membawakan karya terbaru daripada album kedua, “Hitam Putih”.

Kisah Perjalanan Peribadi

via OPR Network

Album “Hitam Putih” mencerminkan perjalanan peribadi penuh emosi, mengungkap kisah kehidupan dan pengalaman semasa beliau merantau.

Lirik yang jujur serta susunan muzik yang unik menjadikan album ini sangat dekat di hati pendengar.

Konsert kali ini menjanjikan pengalaman yang penuh emosi, meresap ke jiwa, dan sukar dilupakan.

Peminat dijemput hadir dan merasai sendiri magis persembahan langsung dari penyanyi yang kian meningkat naik ini.

Maklumat Konsert:

FEBY PUTRI VOL.3 – HITAM PUTIH LIVE IN KUALA LUMPUR
Tarikh: 19 Julai 2025 (Sabtu)
Masa: 8:30 malam
Lokasi: Zepp Kuala Lumpur

Kategori Tiket:

  • HALU – RM159 (berdiri – zon belakang)

  • HITAM PUTIH – RM189 (berdiri – zon hadapan)

  • USIK – RM209 (duduk biasa)

  • DIRI – RM259 (duduk premium)

  • VIP BOX – RM359/pax (10 pax + Merch Eksklusif)

  • MEET & GREET – RM179 (termasuk sesi khas & barangan eksklusif)

Jangan lepaskan peluang bertemu Feby Putri secara langsung dan rasai keindahan Hitam Putih yang penuh makna.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |