“Esok Dia Mati, Aku Kena Tanam. Aku Mati, Dia Tanam!” – Kak KM Beri Nasihat Mengenai Hubungan Adik Beradik

10 hours ago 8

Usahawan terkenal Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila berkongsi pandangan jujurnya mengenai pentingnya menjaga hubungan sesama adik-beradik.

Tidak Seharusnya Meletakkan Harapan Pada Suami

Menerusi siaran langsung di TikTok, beliau menegaskan bahawa keluarga khususnya adik-beradik, merupakan insan yang akan menguruskan urusan kematian kita kelak, bukan pasangan semata-mata.

Menurut Kak KM, wanita tidak seharusnya meletakkan harapan sepenuhnya kepada suami.

Katanya, dalam situasi isteri jatuh sakit, ada kemungkinan suami mencari pengganti lain dan dalam hal ini, hanya adik-beradik yang akan terus berada di sisi hingga ke akhir hayat.

Kita adik-beradik tak boleh bergaduh.

Esok dia mati, aku kena tanam. Aku mati, dia tanam

Bertanyakan Kepada Suami

via Instagram Kak KM

Dalam sesi itu juga, beliau sempat mengusik suaminya, Razman Ramli atau Abang Maman, dengan soalan ‘cepu emas’.

Kak KM menanyakan berapa lama masa diperlukan untuk ‘move on’ sekiranya dia meninggal dunia terlebih dahulu.

Jawapan Abang Maman nyata menyentuh hati apabila beliau menyatakan niat untuk terus setia dan tidak berniat mencari pengganti.

Kan kita dah janji, kalau boleh nak mati sama-sama.

Sekadar rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak 22 Disember 2002 dan dikurniakan empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.

Perkongsian Kak KM ini nyata memberi kesedaran bahawa hubungan keluarga tidak boleh diabaikan walaupun selepas berkahwin.

Sesungguhnya, kasih sayang adik-beradik adalah ikatan yang kekal hingga ke liang lahad.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |