Dituduh Rasis, Cartier Tolak Pinjaman Kalung RM11.4 Juta Diljit Dosanjh

7 hours ago 5

Baru-baru ini jenama barang kemas mewah Cartier telah dikecam selepas ia menolak permintaan penyanyi dan pelakon India iaitu Diljit Dosanjh. Permintaan tersebut adalah pinjaman kalung pusaka Maharaja Patiala untuk digayakan semasa Met Gala 2025.

Penyanyi dan pelakon itu dikatakan mahu melengkapkan penampilannya dengan rantai leher bertemakan diraja India pada acara berprestij itu. Kalung pusaka tersebut dihasilkan pada tahun 1928, atas perintah Sir Bhupinder Singh iaitu Maharaja Patiala, yang terkenal sebagai salah satu lelaki terkaya di dunia pada masa itu.

Sekadar info, berat kalung pusaka itu adalah 1000 karat dan ianya salah satu karya terbesar yang pernah dicipta oleh Cartier. Salah satu permatanya yang paling menarik adalah berlian kuning De Beers (234.6 karat) iaitu berlian potong ketujuh yang terbesar di dunia.

Foto – Wikipedia / Diamonds in Dubai

Tetapi pada tahun 1948, kalung itu dilaporkan hilang secara misteri dan ditemui secara kepingan berasingan di beberapa tempat. Anggaran nilainya lebih daripada £2 juta (RM11,381,456.00). Cartier membeli setiap kepingan dan menggantikan batu-batu itu dengan replika.

Pada Met Gala 2022, Cartier telah meminjamkan sekeping kalung Patiala ini kepada Emma Chamberlain yang merupakan duta Cartier pada masa itu. Tetapi apabila penggaya fesyen Diljit, Abhilasha Devnani cuba meminjam rantai yang serupa, Cartier telah menolak dengan alasan barang kemas itu dipamerkan di sebuah muzium.

Penolakan ini mencetuskan kemarahan peminat-peminat Diljit. Ramai yang menuduh Cartier sebagai rasis. Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |