Tanpa segan silu, pelakon dan usahawan kontroversi Fara Mendoza sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila memuat naik video dirinya sedang menjalani rawatan waxing di bahagian punggung. Perkongsian tersebut dibuat secara terbuka menerusi Instagram Story dan jelas menunjukkan sesi rawatan yang dijalankan di sebuah pusat kecantikan, lengkap dengan kapsyen berbunyi, “Rawatan bulanan saya. Tiada bulu, bersih, wangi. Sumpah best! Servis pun bagus.”
Tindakan Fara, atau nama penuhnya Norfaralinah Md. Yunus, 37, itu nyata mencetuskan kecaman ramai yang menganggap tindakannya sudah melampaui batas, apatah lagi sebagai seorang wanita Melayu yang sepatutnya menjaga adab dan maruah. Ramai meluahkan rasa tidak selesa dan kecewa dengan kandungan yang dianggap terlalu peribadi untuk dipertontonkan kepada umum. Malah ada yang menegur secara terus dengan menyatakan rasa malu melihat perlakuan sedemikian dikongsikan tanpa rasa segan, seolah-olah maruah dan batasan budaya semakin diketepikan demi mencuri perhatian dalam dunia media sosial.
Kritikan turut datang daripada kalangan wanita yang menasihatkan agar Fara lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat serta menjaga imej wanita Melayu. Namun dalam diam, segelintir pengguna media sosial pula tampil mempertahankan Fara dengan menyatakan bahawa rawatan waxing merupakan perkara biasa dan normal dilakukan oleh ramai wanita moden. Mereka berpendapat apa yang dilakukan Fara bukan satu jenayah, cuma persepsi masyarakat yang cepat menghukum apabila melibatkan selebriti tempatan.
Sebilangan peminat turut membandingkan reaksi masyarakat terhadap selebriti luar negara yang sering mendapat pujian kerana berani berkongsi rutin kecantikan mereka secara terbuka. Namun apabila selebriti tempatan melakukan perkara sama, ia segera dianggap tidak bermoral. Perbahasan ini memperlihatkan jurang pandangan dalam kalangan masyarakat terhadap konsep kebebasan kendiri dan norma budaya.
Fara sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila berkongsi video rawatan Brazilian wax yang memperlihatkan sebahagian kawasan sensitif sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ramai. Isu terbaharu ini sekali lagi membuka perbincangan hangat mengenai etika selebriti dalam berkongsi kandungan bersifat peribadi kepada khalayak umum.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.

2 months ago
71









![[REVIEW] Samsung Galaxy S25 FE: Ala-Ala Flagship, Harga Tak Sampai Kena Ikat Perut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/20250909_163943.jpg)


![[VIDEO] Shawn Baharin Kini Aktif Di TikTok, Jawab Tentang Sertai Gegar Vaganza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-09-at-1.39.59-PM.jpg)
![[VIDEO] Tolak Bersalaman Dengan Presiden China, Sikap Wan Azizah Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/6-1.jpg)





![[VIDEO] Ucapan Jujur Qadejah Buatkan Netizen Terhibur- “Saya Anak Favourite Abah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Duet Tidak Dijangka, Peminat Teruja Lihat Nyanyian Siti Nurhaliza & Afgan- “Tak Boleh Tidur Malam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/8.jpg)














![[VIDEO] “Ini Rupanya Suami Baru Dia…” Netizen Teruja Jaclyn Victor Sudah Bersuami](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/jack-kawen.jpg)
![[VIDEO] Adab PAI Anisha Rosnah Dipuji, Tetapi Lain Pula Netizen Nampak- “Adakah Dia…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/2-6.jpg)
![[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Hawra Sudah Boleh Berdiri, Netizen Teruja!-“Momen-Momen Yang Akan Kita Rindu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/46ee1cd1-5bd4-4082-b2f7-2666de66dd16-1.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Ameera Khan Ajar Jefri Nichol Cakap Kelantan, Curi Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-43.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menari Trend ‘Like Jennie’, Curi Perhatian Netizen!-“TokTi Baru Habis SPM Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/5802a04a-0a4d-4325-a241-1bead7db47e1-1.jpg)


![[VIDEO] Amira Othman Kongsi Gelagat Fattah Amin Buat Trend TikTok, Curi Perhatian Netizen!-“Aneh-Aneh Sekarang…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/17acb579-f825-474c-a1ac-182bad4abf61-1.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Trump Terkejut Disambut Dengan Tarian Kibas Rambut di UAE, Ini Cerita Di Sebaliknya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-Zoom-Virtual-Background-2.jpg)

![[VIDEO] Fattah Amin Buat Trend Tiktok Dengan Irfan Haris, Curi Perhatian Netizen!-“Habis La Mira…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/ba4ec978-7508-4fd9-841d-d182d5da1317-1.jpg)
![[VIDEO] Hands-On Galaxy Tab S10 FE+: Skrin Lagi Besar, Rasa Lagi Puas](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/20250520_182258.jpg)
