Bantuan eWallet RM200, Siapa Yang Layak Terima Pada Ogos Ini?- Jom Semak!

2 weeks ago 17

Bantuan eWallet RM200 telah menjadi topik yang ‘panas’ dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk bulan Ogos ini, amaun sebanyak RM200 bakal dikreditkan masuk terus ke dalam MyKad.

Nak tahu siapa yang layak menerima bantuan eWallet RM200? MURAI kongsikan di bawah…

Pertama Sekali, Bantuan eWallet RM200 Itu Untuk Apa?

Pembayaran Bantuan Sara yang bernilai RM200 dilakukan tanpa tunai atau cashless kepada penerima untuk pembelian barangan keperluan asas yang dikreditkan melalui akaun Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan bukannya melalui aplikasi e-Wallet.

Foto – iBantuan

Penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad seperti berikut:

  • Beras, roti, telur, minyak masak, tepung
  • Makanan dalam tin, biskut, mi segera
  • Produk kebersihan dan ubat-ubatan
  • Keperluan persekolahan anak

Jadual Pembayaran eWallet RM200

Penerima akan menerima bayaran eWallet secara ansuran setiap bulan mengikut jadual berikut:

1. RM100 setiap bulan bermula:

  • Januari 2025
  • Februari 2025
  • Mac 2025

2. RM200 setiap bulan bermula:

  • April 2025
  • Mei 2025
  • Jun 2025
  • Julai 2025
  • Ogos 2025
  • September 2025
  • Oktober2025
  • November 2025
  • Disember 2025

Syarat & Cara Semak Kelayakan 

Bayaran Bantuan eWallet RM200 ini adalah khas untuk penerima yang memenuhi kelayakan seperti:

  • Warganegara Malaysia berumur 18-59 tahun
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk kategori “Isi Rumah”
  • Tersenarai sebagai penerima “Miskin Tegar” dan “Miskin” eKasih dalam rekod data eKasih di bawah unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
  • Akaun MyKad aktif dan sah
Foto – checkstatus.mykasih.net/

Untuk menyemak kelayakan pula, kamu boleh lakukan seperti berikut:

  • Layari portal rasmi MyKasih [https://mykasih.com.my/]
  • Klik pada “Semak Kelayakan”
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) dan klik butang “Semakan Status”
  • Status penerima akan dipaparkan sebagai “Layak” atau “No. MyKad tidak wujud dalam sistem”
Foto – checkstatus.mykasih.net/

Untuk makluman kamu, bantuan eWallet RM200 ini hanya boleh digunakan di kedai dan pasaraya yang berdaftar di bawah MyKasih seperti Mydin, Giant, Lotu’s, Econsave, 99 Speedmart, kedai koperasi dan kedai runcit MyKasih berdaftar. [SEMAK SINI]

Semoga bermanfaat!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |