Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak kepada Fazura dan Fattah Amin iaitu Fatima yang sedang membuka hadiah pemberian untuknya sempena hari lahirnya itu.
@fazurafatimalover😂😂😂 Terhiburrr tengok Fatima unboxing hadiah birthday … Raised with love, shining with manners.. Fatima always so polite and kind 😍❤️ #masyaallahtabarakkallah #fatima #fyp
♬ original sound – fazurafatimalover – fazurafatimalover
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa cara Fatima berbicara sama seperti Fazura berbicara dan mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.
“bila dia diam macam bapak dia, bila bersuara sebijik mak dia, gabungan sangat”
“pandai Fazura didik anaknya, selalu suruh cakap thank you”
“comel lah nyama, macam mummy dia”
“no DNA test needed”
“macam mummy lah, jenis menghargai”
“over tau nyama ni, bijak bercakap cute betul aunty tengok pun tergelak”
“part nyama sebut ni mesti mahal kan sumpah comel”
“dia memang budak bijak, masyaallah semoga fatima membesar menjadi anak yang solehah”
“lawa lah nyama macam mummy dia”
“bijak dan cantik macam mummy dia la”
“cara nyama bercakap macam orang besar tau comel betul”

Info tambahan, Fazura merupakan seorang pelakon dan juga penyanyi, beliau yang berasal dari Negeri Pahang itu telah mewujudkan satu jenama pakaian dan tudung yang pada mulanya khas buat peminat-peminat tersayang. Namun tidak dijangka keluaran tudungnya laris dan menjadi barang hangat untuk dipasarkan.
Selain sibuk dengan menjaga anak dan perniagaannya, Fazura juga kini aktif sebagai penyanyi. Fazura mengatakan bahawa dirinya amat meminati lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian, terutamanya hasil ciptaan dari penyanyi, penulis lirik dan komposer asal Indonesia iaitu Ahmad Dhani. Kini Fazura hanya menumpukan perhatiannya kepada anak dan perniagaannya sahaja tanpa memikirkan soal jodoh selepas sah bercerai dengan bekas suaminya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

3 months ago
63









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
