Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

3 days ago 14

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah jaring.

Di sebalik pemilihan raket dan pakaian tenis yang sesuai dan berkualiti, pemilihan kasut tenis juga memainkan peranan yang sangat penting untuk momentum yang terbaik.

Salah sebuah jenama kasut sukan terkenal, ASICS baru sahaja melancarkan SOLUTION SPEED ™ FF 4 yang menandakan detik penting dalam kempen global ‘Move Your Body, Move Your Mind’, yang memperjuangkan kuasa pergerakan untuk mengubah kedua-dua tubuh badan dan minda.

Tenis merupakan lebih dari sekadar sukan, ia merupakan pemangkin untuk prestasi yang lebih tajam dan pemikiran yang positif. Ini mencerminkan komitmen ASICS selama 75 tahun terhadap komitmen ‘Sound Mind, Sound Body’.

Direka untuk pemain yang pantas dan tangkas, kasut tenis SOLUTION SPEED™ FF 4 ini direka untuk memberikan kelajuan yang empuk dan prestasi responsif di gelanggang. Kasut ini mempunyai midsole FLYTEFOAM™ yang ringan dan diperbuat daripada bahan berasaskan bio, memberikan bio, memberikan keselesaan yang advance tanpa menjejaskan kelajuan.

Teknologi SPEEDTRUSS™ yang telah dikemaskini ini menyokong pecutan segera dan gerakan pantas ke hadapan, manakala outsole PRECISION-SOLE™ digabungkan dengan getah ASICSGRIP™ di kawasan jari kaki memberikan cengkaman yang lebih unggul untuk gerak kaki yang pantas dan perubahan arah yang pantas.

ASICS Malaysia juga turut menganjurkan satu acara yang memberikan pengalaman buat para media dan pempengaruh untuk merasai pengalaman bermain tenis dan mencuba kasut tenis ASICS SOLUTION SPEED™ FF 4  di EPSOM College pada 24 Januari 2026.

Dijual pada harga RM599, SOLUTION SPEED™ FF 4 telah mula dijual sejak 15 Januari 2026 di ASICS stores dan laman web ASICS.COM.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |