WOW! Terokai Dunia Fantasi & Seni Interaktif di Kuala Lumpur, Immersify KL

10 hours ago 9

Tak sangka, di tengah bandar ada galeri yang penuh seni, cahaya, dan teknologi sehingga buat kalian rasa macam masuk ke dunia lain. Immersify Kuala Lumpur menampilkan 11 zon imersif yang unik, dari taman bercahaya di langit, air terjun digital yang mengagumkan, hingga ke dunia surreal yang penuh imaginasi. Terletak di The Labs, Bukit Bintang City Centre, immersify KL bukan sekadar galeri seni biasa.

Dengan keluasan 30,000 kaki persegi, ia adalah galeri seni media kekal pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi, seni visual, bunyi 3D, dan penceritaan kreatif dalam satu perjalanan yang penuh emosi dan imaginasi. Setiap langkah yang kalian ambil membawa kalian ke dunia yang berbeza bukan sekadar tengok, tetapi benar-benar merasai pengalaman itu.

@lifeofmaani

KL experience you don’t wanna miss 🌟✨ #immersifykl #immersive #kl #sisterdate #artsy #malaysiatravel #fypシ

♬ Magic Glockenspiel – DOMANSED

Menurut hantaran video TikTok di akaun @lifeofmaani, Immersify KL bukan sahaja menarik perhatian kerana seni dan teknologinya, malah setiap zon yang dipamerkan sangat “Instagrammable”. Dari taman bercahaya seolah-olah di awan hingga ke dunia yang penuh warna.

Glowing Garden

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Masuk sahaja ke Zone 1, kalian akan dibawa ke taman bercahaya yang dipenuhi bunga seperti awan. Warna pastel lembut dan bentuk awan yang terapung memberi rasa tenang, seolah-olah kalian berada di alam kayangan. Ia sesuai untuk mula perjalanan dengan rasa kagum dan damai.

Mystic Falls

Gambar: Official Website @Immersify KualaLumpur

Di Zone 2, kalian berdiri di hadapan air terjun gergasi. Bunyi gemuruh air terasa begitu hidup, manakala kehadiran visual gajah menambah elemen dramatik. Ia satu pengalaman di mana teknologi dan alam semula jadi berpadu, buat kalian rasa dekat dengan dunia fantasi.

Moonlight Memories

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Kalau kalian suka bergambar, Zone 3 memang spot terbaik. Gabungan unsur kosmos dan bumi buat setiap foto nampak macam babak filem fantasi. Memori yang dirakam di sini terasa lebih istimewa dan unik.

Starlight Garden

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Zone 4 membawa kalian ke alam bertemakan cahaya bintang. Warna berkilau dan ilusi ruang yang luas buat kalian rasa seperti berada dalam kisah dongeng. Ini memang antara spot paling “Instagrammable”.

Turning Moment

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Di Zone 5, cahaya, bentuk dan refleksi mencipta ilusi tiga dimensi yang futuristik. Setiap langkah terasa seperti melangkah ke dunia digital yang hidup, sesuai untuk kalian yang sukakan pengalaman visual yang unik dan memukau.

Illusion Road

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Di Zone 6, kalian boleh menjelajah laluan segitiga bercahaya dan saksikan dunia seolah-olah hidup dengan warna-warni yang memukau. Penuh dengan objek terapung dan gelombang beralun, ruang ini memberi pengalaman seakan-akan realiti dilanggar,  memang unik dan mengagumkan untuk dijelajah.

Neon Jungle

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Zone 7 dekat dengan identiti tempatan. Kalian akan lihat hutan Malaysia dan haiwan liar dihidupkan dengan neon yang bercahaya. Selain cantik, ia mengingatkan kita tentang hubungan manusia dengan alam semula jadi, tapi dalam versi yang penuh imaginasi.

Canvas Oceania

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Di Zone 8, kalian boleh melukis dan lihat karya sendiri “hidup” di dunia lautan digital. Dari sekeping lukisan kecil, terus menjadi sebahagian daripada dunia laut yang luas dan menjadikan pengalaman ini menyeronokkan untuk anak-anak dan dewasa kreatif.

Prism Shine

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Zone 9 menampilkan corak dan bentuk diinspirasikan daripada elemen tempatan. Gabungan bayang dan cahaya menghasilkan visual moden tetapi tetap berakar pada budaya Malaysia. Satu spot yang buat kalian rasa bangga dengan identiti tempatan.

Surreal World

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Di Zone 10, segala logik diketepikan. Dunia surreal ini penuh imaginasi, seolah-olah kalian melangkah ke dalam mimpi. Bersedia untuk terpesona dan teruja di setiap sudut.

Art Gallery

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Zone 11 membolehkan kalian menghayati karya Klimtnet dan Van Gogh dengan cara yang berbeza. Cahaya, animasi dan bunyi membawa kalian lebih dekat kepada emosi di sebalik setiap lukisan, membuatkan pengalaman ini lebih hidup dan menyentuh hati.

Seni Korea, Jiwa Malaysia

Menariknya, semua kandungan immersify KL dibangunkan bersama pasukan kreatif dari Korea Selatan, tapi disesuaikan dengan identiti Malaysia. Hasilnya pengalaman terasa unik, bertaraf antarabangsa, tetapi tetap dekat dengan budaya tempatan.

Harga Tiket

  • Dewasa (Warganegara): RM68
  • Dewasa (Bukan Warganegara):RM88
  • Kanak-kanak (Warganegara): RM35
  • Kanak-kanak ( Bukan Warganegara): RM55
  • Pelajar (Warganegara): RM58
  • Pelajar ( Bukan Warganegara): RM75
  • Warga emas (Warganegara) : RM30 (hari bekerja)
  • Warga emas (Bukan Warganegara): RM50 (hari bekerja)

Kalian juga boleh pilih pakej keluarga atau pas tahunan untuk datang berkali-kali.

Kafe immersify KL: Seni Yang Boleh Dirasai

Gambar: Official Website @Immersify Kuala Lumpur

Selepas puas menjelajah, kalian boleh berehat di kafe immersify KL. Minuman dan pastri yang disediakan bukan sahaja sedap, malah visual sekeliling masih mengekalkan elemen seni, menjadikan rehat kalian sebahagian daripada pengalaman imersif itu sendiri.

Immersify KL bukan sekadar galeri seni. Ia adalah perjalanan emosi dan imaginasi yang sesuai untuk short escape, date romantik, keluar bersama kawan, atau aktiviti keluarga.

Kalau kalian mencari destinasi melancong dalam bandar yang estetik, moden, dan penuh nilai seni, immersify KL memang wajib masuk dalam senarai. Ini bukan sekadar lawatan, ini adalah pengalaman yang membuka imaginasi kita sendiri.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |