Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak lelaki kepada penyanyi Shila Amzah yang meminta dibelikannya kereta elektrik yang berwarna hijau keluaran terbaru proton.
@ubaihaniUmur 6 tahun dah boleh beli e-Mas dia cakap. #fyp #tiktokmalaysia
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan seronok jika dapat bergurau dengan anak sebegitu kerana mereka masih tidak tahu mengenai harga sebenar kereta tersebut.
“haritu nak myvi ni nak e-mas pulak hahaha bersabarlah papa”
“ya allah nak oii, kalau rm4 acik beli 10 dik”
“dia makin hensem sangat ya sekarang ni, cair tengok wajah dia manis lembut”
“6 tahun boleh beli e-mas, saya 29 tahun ni tak boleh beli laa ek hahaaha”
“dia punya out of box tu random betul, tak terfikir 6 years tu untuk umur hahaha”

Info tambahan, Nurshahila binti Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar serta telah memenangi pelbagai award di dalam dan di luar negara.
Mempunyai peminat yang ramai dari negara China setelah memenangi satu pertandingan nyanyian di sana pada 2012. Dengan membawa pulang wang berjumlah hampir RM2.5 juta dengan kontrak di sana selama 6 tahun. Selepas tamat kontraknya, Shila kembali ke Malaysia bagi melebarkan lagi sayapnya dalam industri muzik tanah air.
Shila amzah kini aktif di laman sosial miliknya terutamanya di intagram dan tiktok bagi berkongsikan kehidupan sehariannya bersama suami serta anaknya.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

2 months ago
57









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
