Di platform TikTok dan Threads, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menikmati pencuci mulut popular, Dubai Chewy Cookies di sebuah pusat beli-belah.
Video tersebut telah meraih perhatian ramai apabila lelaki tersebut dilihat sangat ‘struggle’ mengunyah pencuci mulut tersebut dengan penuh selera. Namun apa yang membuatkan netizen lebih terhibur adalah tekstur pencuci mulut tersebut yang sangat elastik itu telah membuatkan gigi palsu sang bapa tertanggal.
@tataygoldmao ni trending dubai chewy chocolate #dubaichewycookie
♬ original sound – Jaiii – TatayGold
Video yang dimuat naik di TikTok itu telah meraih lebih 24.2 juta tontonan, 1.7 juta tanda suka dan 16.7 ribu komen. Manakala di Threads, video itu meraih 4.4 ribu tanda suka, 145 komen dan 707 repost.
@tataygoldReplying to @tine
♬ original sound – TatayGold – TatayGold
Gelagat sang bapa itu telah mengundang ketawa daripada pengguna media sosial, yang mana rata-ratanya terhibur melihat lelaki itu nekad mahu mengigit Dubai Chewy Cookies miliknya.
“Uncle lupa pakai polident ke?”
“Haha chewy sampai tercabut gigi.”
“Pistachio❎ Gigi palsu✅”
“Gigi chewy cookie”
“Mochi sekarang ada secret ye.”
“Dubai chewy gigi palsu hahaha.”
Pada masa yang sama, ada segelintirnya bergurau mengenai kesesuaian pencuci mulut itu untuk golongan tertentu. Menurut mereka, penjagaan gigi perlu dititik beratkan supaya dapat menikmati makanan kenyal di usia senja. Apa pendapat kamu?

2 weeks ago
35











![[VIDEO] Betty Banafe Kongsi Keadaan Anak Lelaki Yang Depresi Atas Hasutan Bekas Suami, Netizen Pilu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/1647df66-245b-4031-b9e8-b09511ba5545.webp)





































![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)