Rezeki Pelajar Selangor! Sarapan Percuma Di 873 Sekolah Bermula Ogos

1 day ago 11

Berita baik buat ibu bapa dan pelajar di Selangor! Bermula Ogos ini, Kerajaan Negeri Selangor bakal melaksanakan inisiatif sarapan percuma melibatkan semua 873 sekolah di negeri itu sebagai usaha membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin mencabar.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, , program ini merupakan sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 dengan peruntukan sebanyak RM9.6 juta, dan akan dilaksanakan secara berperingkat melalui 12 pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sarapan Percuma Secara Giliran

Menariknya, pelaksanaan program ini dibuat secara giliran setiap hari, satu sekolah di setiap PBT akan menerima bantuan sarapan percuma tersebut.

Menurut Amirudin, inisiatif ini akan dijalankan untuk tempoh awal beberapa bulan terlebih dahulu, sebelum dinilai keberkesanannya untuk kemungkinan dilanjutkan.

“Kita akan pastikan makanan yang diberikan adalah berkhasiat, berprotein dan sesuai untuk tumbesaran pelajar,” jelas beliau.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari,

Fokus Ringankan Beban & Jaga Nutrisi

Program ini bukan sekadar ‘makan percuma’, tetapi lebih kepada memastikan pelajar mendapat nutrisi yang mencukupi untuk fokus dalam pembelajaran, dalam masa sama membantu ibu bapa menjimatkan perbelanjaan harian.

Dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat, terutama susulan ketidaktentuan global, langkah ini dilihat sebagai antara bantuan praktikal yang memberi kesan terus kepada rakyat.

YouTube video

Sebahagian Pakej RM130 Juta

Inisiatif sarapan percuma ini adalah antara komponen dalam pakej bantuan bernilai lebih RM130 juta yang diperkenalkan kerajaan negeri bagi menghadapi kesan krisis global, termasuk gangguan bekalan tenaga dan kenaikan harga barangan.

Antara bantuan lain yang turut diumumkan termasuk:

  • Baucar Kita Selangor (RM100 sebulan)
  • Subsidi pengangkutan awam
  • Bantuan sektor pertanian
  • Gudang Makanan Selangor

Kesemua inisiatif ini bertujuan mengurangkan tekanan kos sara hidup serta memastikan kebajikan rakyat terus terjaga.

Bagi Murai, inisiatif sarapan percuma ini memang nampak simple, tapi impaknya besar terutama untuk ibu bapa yang perlu urus perbelanjaan harian anak-anak. Dalam dunia serba mahal sekarang, bantuan kecil macam ni sebenarnya sangat bermakna. Bukan saja bantu jimat duit, tapi juga pastikan pelajar tak ke sekolah dengan perut kosong.

Kalau pelaksanaan berjalan lancar, tak mustahil program ni jadi antara inisiatif paling ‘win’ untuk rakyat Selangor nanti

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |