Kehadiran HONOR 600 Pro dalam siri terbaharu HONOR 600 nyata membawa aura premium yang sukar diabaikan. Peranti ini tampil dengan beberapa pembaharuan signifikan dari segi rekaan, prestasi serta keupayaan kamera.
Rekaan Baharu, Tapi ‘Deja Vu’ iPhone?
Secara visual, HONOR 600 Pro tampil dengan identiti yang lebih segar menerusi penggunaan teknik integrated Cold-Carving Process, menghasilkan panel belakang setebal hanya 0.5mm dengan ketahanan lenturan dipertingkat sehingga 200%.
Digabungkan dengan bingkai logam matte yang dinaik taraf, peranti ini memang terasa kukuh dan premium di tangan.
Namun, tidak dapat dinafikan sekali pandang, rekaan dan pilihan warna terang seperti oren mengingatkan kepada iPhone 17 Pro Max. Ia bukan sekadar inspirasi, tetapi cukup hampir untuk membuatkan orang sekeliling ‘tersalah teka’.
Menariknya, kemasan belakang matte yang lembut memberikan rasa eksklusif tanpa meninggalkan kesan cap jari, satu kelebihan praktikal untuk penggunaan harian.
Paparan Nipis & Pengalaman Skrol ‘Butter Smooth’
Dari aspek paparan, skrin AMOLED 6.57 inci dengan resolusi 1264 x 2736 pixel menawarkan visual yang tajam dan terang. Bezel setipis sekitar 0.98mm pula memberi pengalaman tontonan yang lebih luas dan imersif.
Pengalaman penggunaan harian juga terasa sangat lancar, khususnya ketika menatal media sosial atau melayari aplikasi.
Peralihan kadar segar semula dari 60Hz ke 120Hz berlaku dengan sangat smooth, memberikan rasa premium setanding peranti flagship.
Namun begitu, terdapat satu perkara kecil yang mungkin sedikit mengganggu iaitu skrin tidak terus padam apabila butang kuasa ditekan. Sebaliknya, ia hanya meredup dan mengambil masa beberapa saat sebelum benar-benar tertutup.
Kamera 200MP Dengan Teknologi ‘Next-Level’
Salah satu tarikan utama adalah sistem kamera 200MP Super Sensing yang dilengkapi dengan penstabilan imej CIPA 6.5 yang merupakan antara yang tertinggi dalam industri.
Ia turut disokong dengan teknologi AI seperti AI Super Zoom 2.0 sehingga 120x serta Night Engine yang diadaptasi daripada model flagship HONOR sebelum ini.
Dalam penggunaan awal, hasil gambar menunjukkan perincian yang sangat tinggi.
Namun, terdapat sedikit kecenderungan AI untuk ‘overprocess’ imej, menyebabkan hasil kadangkala kelihatan terlalu tajam atau tidak natural. Ini dijangka boleh diperhalusi melalui kemas kini perisian akan datang.
Prestasi Padu & Bateri Tahan Lama
Dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite (3nm) bersama 12GB RAM, prestasi peranti ini sememangnya berada pada tahap flagship. Penggunaan aplikasi berat dan multitasking pula berjalan lancar tanpa sebarang lag yang ketara.
Bateri pula menjadi antara kekuatan utama dengan kapasiti sekitar 7000mAh, ia mampu bertahan lebih daripada sehari, malah boleh mencecah penggunaan dua hari untuk sesetengah pengguna.
Tambahan pula, pengecasan pantas 80W turut disertakan dalam kotak, satu nilai tambah yang jarang dilihat.
Lancar, Tapi Perlu Biasakan Diri
Walaupun keseluruhan pengalaman penggunaan terasa premium, terdapat sedikit l‘earning curve’ dari segi papan kekunci.
Susun atur yang menggabungkan nombor dan simbol dalam huruf mungkin mengelirukan pada awalnya, terutama bagi pengguna yang kerap menaip.
HONOR 600 Pro jelas menunjukkan potensi besar dalam segmen premium-midrange. Rekaan menarik, prestasi mantap dan bateri tahan lama menjadikannya pilihan yang cukup kompetitif.
Namun, beberapa aspek seperti pemprosesan kamera dan pengalaman UI masih memerlukan penambahbaikan. Buat masa ini, ia tampil sebagai peranti yang ‘almost there’, menunggu sentuhan akhir untuk benar-benar menonjol.

6 hours ago
5















![[VIDEO] Betty Banafe Kongsi Keadaan Anak Lelaki Yang Depresi Atas Hasutan Bekas Suami, Netizen Pilu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/1647df66-245b-4031-b9e8-b09511ba5545.webp)






































![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)