Chef selebriti tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, meluahkan rasa syukur selepas anaknya, pelakon Serina Redzuawan, memenangi kes saman fitnah yang difailkan oleh bekas suami Serina, Gavin Edward, serta isterinya kini.
Chef Wan Lega dan Bersyukur: Kebenaran Akhirnya Terbukti
Bagi Chef Wan, kemenangan itu bukan sekadar kemenangan di mahkamah, tetapi kemenangan terhadap kebenaran yang selama ini dipertahankan oleh mereka berdua.
Alhamdulillah, kami berdua menang saman difailkan oleh bekas suami Serina dan isterinya yang mendakwa kami menfitnah mereka.
Semua tuduhan itu tidak benar dan hanya fitnah semata-mata.
Fitnah dan Tuduhan Melampau
via Instagram Chef WanChef Wan turut meluahkan rasa kesal terhadap tuduhan-tuduhan berat yang pernah dilemparkan terhadap dirinya.
Antara dakwaan paling mengejutkan ialah kononnya beliau mempunyai kecenderungan tidak senonoh terhadap cucunya.
Saya dituduh cenderung ke arah pedofilia hanya kerana melihat kemaluan cucu yang digigit semut.
Sebagai datuk, tentu saja saya bimbang dan arahkan pembantu rumah serta pemandu bawa ke klinik.
Tapi cerita itu dijadikan bahan saman.
Lebih memilukan, tindakan kasih sayang seperti membiarkan cucu-cucu menonton televisyen di biliknya turut dijadikan alasan untuk menyerang reputasinya.
Namun, Chef Wan menegaskan semua tuduhan itu berjaya dijawab dengan bukti kukuh di mahkamah sehingga akhirnya kebenaran berpihak kepada mereka.
Rancang Saman Balas dan Teruskan Hidup Dengan Tenang
via Instagram Chef WanWalaupun lega dengan keputusan mahkamah, Chef Wan menegaskan perjuangan mereka belum berakhir.
Beliau dan Serina kini berhasrat untuk menyaman balas pihak berkenaan atas segala kerugian, rasa malu dan tekanan emosi yang dialami.
Kami akan saman balik untuk semua kerugian dan kos guaman.
Sudah berkali-kali mahkamah membuktikan mereka bersalah, tapi masih mahu menegakkan benang yang basah.
Chef Wan juga mengakui sudah penat dengan kes yang berlarutan hampir 16 tahun itu.
Saya bosan ke mahkamah dan tak mahu lagi tengok muka mereka.
Semoga ini yang terakhir supaya saya dapat teruskan hidup dengan tenang bersama keluarga.
Kisah ini menjadi pengajaran tentang pentingnya mempertahankan maruah dan kebenaran walau dilanda badai fitnah. Akhirnya, keadilan berpihak kepada yang benar.

3 months ago
93









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
