Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tidak berani untuk mengulas lanjut mengenai isu yang melibatkan seorang pegawai polis dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang didakwa lagi di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran, minggu lalu.
“Inspektor Sheila Sangat Hormati & Punya Adab Dengan Saya..”
Iqbal, menerusi hantaran di Insta Stories, turut mempersoalkan mengapa sikap Inspektor Sheila yang tidak pernah berkasar dengannya sepanjang menjadi teman.
“Tidak berani mengulas tentang isu beliau namun setiap hari saya gelisah memikirkan Inspektor Sheila. Saya termenung panjang, mengapa sepanjang beliau berteman dengan saya, tidak pernah sekali pun beliau bersikap kasar dan tidak baik pada saya.
Saya selalu mesej beliau. Minggu lepas sebelum isu pun mesej, semalam pun mesej. Sepanjang menjadi teman, Inspektor Sheila sangat hormati dan punya adab dengan saya.”-kongsi Iqbal di Insta Stories

Video Disalah Tafsir Orang Awam
Tambahnya lagi, Iqbal mendedahkan bahawa Inspektor Sheila sudah lali dengan persepsi orang ramai selain hanya mempunyai rasa takut dengan Tuhan.
“Saya ada tanya Inspektor Sheila tentang isu beliau sekarang, apa yang beliau ungkapkan adalah ‘saya hanya perlu takut pada Tuhan, dan bukan manusia’.
Katanya beliau sudah lalu dengan persepsi orang. Video itu disalah tafsir kerana orang awam hanya lihat sekerat sahaja.”-tulisnya

Namun begitu, usahawan berusia 31 tahun memahami jika ramai yang sedang marah dan tidak bersetuju dengan tindakannya ‘backup’ Inspektor Sheila selain menitipkan doa yang baik buatnya sebagai teman.
“Saya faham pasti ramai sedang marah dan mungkin tidak setuju saya membelanya.
Apapun saya di sini sebagai teman, mendoakan ada berita baik buat beliau.”-kongsi Iqbal lagi
Inspektor Sheila digantung tugas sejak 23 Jun 2023 disebabkan beberapa kes antaranya menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.
Apa komen anda?

2 months ago
90









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
