Pempengaruh media sosial, DMA Islam sebelum ini mengundang pelbagai reaksi netizen serta penggiat seni di media sosial selepas berkongsi pendiriannya yang tidak menghormati artis dan berpendapat golongan itu tidak bernilai di sisi masyarakat.
DMA Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza Azizan turut mendapat teguran oleh pelakon, Syazwan Zulkifly berhubung kenyataannya itu menerusi DM di Instagram. Malah, Syazwan turut meminta pempengaruh media sosial ini untuk lebih bertenang sebelum memberikan pendapat mengenai sesebuah isu.
“Aku rasa kau kena relax sikit kot masa bagi apa-apa pendapat kau tentang satu-satu isu.
Bila kau cakap artis semua bodoh, kau dah hina kiteorang. Aku tahu kau ada stand kau sendiri, tapi tak salah kot kalau kau guna ayat yang sopan sikit.”-tegur Syazwan kepada DMA Islam di DM Instagram
“Tak Guna Kaya Berjaya Tapi Biadap..”
Dalam pada itu, Syazwan turut berpendapat tidak guna apabila seseorang individu tersebut mempunyai harta yang banyak namun mempunyai sikap yang biadap.
“Tak guna kaya berjaya tapi biadap brother. Cuba jadi humble sikit. Be truthful tapi beralas sikit cakap tu, kau akan dapat lebih ramai orang yang akan suka dan nak jadi macam kau.
Buat apa gain haters sedangkan kau boleh buat ramai orang suka kau.”-tambah Syazwan lagi

DMA Islam Beri Respon!
Tidak berdiam diri, DMA Islam menjelaskan bahawa dia tidak berminat untuk ‘street fight, selain berpendapat tidak mengenali artis terlibat yang menghantar DM kepadanya itu.
“Btw DMA pun ramai yang dm apa semua. Cuma korang kena faham, DMA fokus idea bukan individu.
I’m less interested on individual level, more interested on macro level. Not interested in “street fight”.Jangan pernah attack individu guys, attack his idea. Btw DMA tak kenal artis yang dm ni. Do tell me kalau korang kenal.”-Tulis DMA Islam di Thread
Terdahulu, DMA mencuri perhatian selepas menggelakan pelajar yang mengambil beberapa jurusan seperti Komunikasi Massa dan Seni Tari Tradisional adalah antara jurusan paling bodoh dalam Malaysia

9 hours ago
7

![[VIDEO] Mekyun Kongsi Upacara Sembahyang Sebelum Masuk Rumah Baru, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/a488be1c-755a-4384-b6d8-34ce66e909cf.webp)

































![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)












