Umum mengetahui pelakon, Siti Saleha telah selamat menimang cahaya mata pertama pada Selasa.
Menamakan bayi lelakinya sebagai Indra, Siti Saleha menerusi video yang dimuatnaik di TikTok sempat berkongsi momen kompilasinya mengusap ‘babybump’ ketika sarat hamil sehinggalah dia selamat melahirkan Indra.
@siti_saleha1Alhamdullillah 🤲🏻
“Time Pantang Pun Cantik..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah buat Siti Saleha di atas kelahiran bayi pertama, malah ramai yang berkongsi rasa terpegun melihat wajah pelakon berusia 35 tahun ini yang kekal jelita sejak hamil sehinggalah selamat melahirkan Indra.
“Cepatnya kuruss.”
“Alhamdulillah congrats Sally, tengok wajah Sally cantik je dari awal. Takde bulat atau kembang. Mesti baby handsome boy.”
“Satu-satunya artis yang saya tunggu bila nak bersalin. Mesti comel anaknya.”
“Ya Allah muka maintain je cantik tak kembang pun masa preggy. Seronok betul.”
“Tengok rambut pun nampak mat salleh sangat.”
“Time pantang pun cantik.”
“Alhamdulillah tahniah untuk Sally dan suami. Semoga Indra membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh Aamin.”
Sekadar info, Siti Saleha mendirikan rumah tangga bersama Joshua Fitton pada 15 Februari 2025. Hasil perkahwinan, pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Indra.
Siti Saleha sebelum ini pernah mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata lelaki dalam satu majlis gender reveal yang bertemakan adat Jawa (mitoni atau mandi bunga) pada Oktober 2025.
Majlis tersebut mencuri tumpuan ramai kerana menggabungkan tradisi Jawa dengan pengumuman jantina bayinya yang diadakan di Melaka bersempena keluarga suaminya, Joshua Fitton.
Sama-sama kita doakan agar bayi yang dilahirkan oleh Siti Saleha akan menjadi anak yang soleh serta dapat membahagiakan ibu bapanya kelak.
Tahniah & selamat berpantang Siti Saleha!. Apa komen anda?

2 weeks ago
33









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
