Dalam senyap tanpa banyak publisiti, Kerajaan Pulau Pinang terus konsisten menjaga kebajikan golongan yang menjadi nadi pergerakan harian rakyat iaitu. pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah.
Bermula Mac depan, satu lagi insentif kewangan akan disalurkan kepada kumpulan ini, sekali gus memberi kelegaan kepada mereka yang berdepan kos operasi yang semakin mencabar.
Bantuan Tunai Terus Ke Akaun, Tak Perlu Beratur
EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari memaklumkan, bayaran sekali gus sebanyak RM600 akan diberikan kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang layak.
Menurut beliau, bantuan tersebut akan disalurkan terus ke akaun penerima melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT), sekali gus memudahkan urusan tanpa birokrasi berlebihan.
“Permohonan perlu dibuat pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah secara dalam talian tanpa perlu mengemukakan borang dan lain-lain dokumen secara fizikal.”
EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari. Via/ Dap MalaysiaLangkah ini dilihat selari dengan usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan negeri, menjimatkan masa serta mengurangkan kos sampingan kepada pemohon.
Bukan Bantuan Baharu, Tapi Komitmen Berterusan Sejak 2013
Apa yang menarik, insentif ini bukan inisiatif bermusim. Ia sudah dilaksanakan sejak 2013, dan tahun ini menandakan tahun ke-11 pelaksanaannya.
“Sumbangan insentif ini diharap dapat mengurangi beban dihadapi golongan berkenaan di Pulau Pinang untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pengguna,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Zairil, sejak diperkenalkan, jumlah keseluruhan insentif yang disalurkan mencecah RM18.32 juta sehingga tahun 2025, satu angka yang mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri menjaga kebajikan pengangkutan awam akar umbi.
Mac Jadi Tumpuan, Bergantung Jumlah Permohonan
Bagi tahun 2026, pembayaran pertama dijangka dibuat pada Mac, tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima.
“Bagi 2026, bayaran pertama akan dibuat pada Mac depan bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima,” jelas beliau.
Siapa Layak Mohon? Ini Syarat Asas
Antara syarat utama permohonan ialah:
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang
- Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
- Memiliki Kad Pemandu yang sah
Maklumat penuh dan terperinci boleh disemak menerusi laman rasmi iSejahtera

3 weeks ago
36









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
